Bab 5 “Cepatlah Atiqah. Bas nak gerak dah tu. Kena tinggal nanti.” Aku menjerit dari luar bilik memanggil Atiqah yang tak keluar-keluar semenjak 10 minit yang lalu. Kami akan ke Bukit Gambang Resort harini bagi menghadiri seminar Jejak Jaya anjuran kerajaan Negeri Pahang selama tiga hari dua malam – Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kami bertiga terpaksa duduk di bahagian belakang dek kerana kelambatan Atiqah bersiap. Aku yang mabuk bas ini sudah gusar kerana bila-bila sahaja aku akan muntah. Namun, perjalanan yang panjang itu dihabiskan dengan tidur sahaja. Makanya, tidaklah pula aku begitu terasa peningnya. Kami sampai tepat jam 11 pagi dan diarahkan untuk menuju ke dewan seminar bagi tujuan taklimat dan pembahagian bilik. Selesai taklimat, kami menuju ke bilik masing-masing untuk berehat. Malam nanti kami akan memulakan slot pertama. Kami memelukan ten...
"First rule in human business: Never assume. Ask." - Hlovate