Skip to main content

Kapur dan Papan Hitam

Me and Thyroid at 21
#secebispengalaman
#secebisperkongsian

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Semoga segalanya dalam redha-Nya.

Maka, kali ni nak cerita bagaimana Allah takdirkan aku mempunyai sejenis “boyfriend” yang bernama Carbimazole, Propranolol dan Calcium Lactate. Pertengahan Ramadhan 1437H bersamaan dengan Jun, 2016M, Allah uji dengan demam panas yang teramat dan sakit yang tidak surut. Lepas beberapa hari tu, aku terpaksa pergi klinik dek tuntutan kelas dan patching kalau tak hadir kelas. Dan doktor yang checkup tu perasan yang bacaan jantung laju dan doktor refer ke klinik jantung untuk check jantung. Bila check jantung, still bacaan tinggi dan doktor suspek mungkin ada thyroid sebab ciri-cirinya ada. dan doktor suruh ambik darah dan datang semula 2 minggu kemudian which is lepas raya untuk tahu keputusan.

After 2 weeks, pergi ambik keputusan darah dan memang disahkan ada thyroid. Thyroid ni sebenarnya sejenis hormone yang ada pada kelenjar thyroid. Kelenjer ni terletak dekat leher manusia. Dan selalunya kalau ada thyroid, struktur kelenjar akan membengkak sikit dan boleh nampaklah pada leher tu. Secara roughnya ada 2 types thyroid: hyperthyroid dan hypothyroid. Hyper means kandungan hormone thyroid dalam badan terlalu tinggi dan perlu makan ubat untuk stabilkan hormone satu badan. Hormone thyroid ni, dia kalau tak stabil dia akan effect kestabilan hormone-hormone lain jugak dan dia bukannya tak stabil sorang. Jadi ketidakstabilan hormone akan beri kesan pada hormone lain dan function badan. Hyperthyroid Cuma perlu ambil ubat untuk beberapa tahun sehingga fully recovered dan inshaa Allah hyperthyroid ni tak akan kekal hingga akhir hayat. Berbeza dengan hypothyroid, kesan dia kekal dan perlu makan ubat seumur hidup plus kena undergo pembedahan untuk buang kalenjar thyroid tu. Bergantung pada tahap keseriusan kadar hormone. Untuk hypo ni, kadar hormone tyhroid dalam badan terlalu rendah. Thyroid ni boleh ubah kalau cepat bertindak dan boleh jadi worst kalau buat taktahu je (Cikgu Amirah is turning into Dr Amirah huhu). Tu antara sikitlah info berkenaan tyhroid. Bagi yang nak further information untuk thyroid ni boleh baca di link-link berikut dan boleh juga tanya sendiri dengan Mr Google.


Jadi alkisahnya nak cerita bagaimana kesan-kesan tyhroid ni effect kehidupan aku yang sebenarnya tanpa sedar dah lama membiak (eceh, over) dalam diri aku mungkin sejak belasan tahun kut tanpa sedar. Dia macam duri dalam daging. Nampak baik sebenarnya tak (tiba-tiba sangat). Dulu aku selalu perasan yang tangan aku akan cepat menggigil. Waktu tengah tahiyat akhir dan tahiyat awal, perasan sangat gigil-gigil tangan tu sampai telekung pun gigil. Dan kalau angkat tangan pun memang menggigil. Penat sikit pun gigil. Angkat berat pun gigil. Mulanya ingat tak cukup gula ke apa makanya aku pun selalulah minum air manis dengan tanggapan gigil dapat hilang dengan penambahan gula tersebut. Memang meleset sangatlah jangkaan tu. Syukur sempat insaf sebelum dapat penyakit ‘sweet’ tu. Nauzubillah. Dan jauh di sudut hati rasa malulah jugak sebab asyik gigil je kan. Time present kat depan pun kalau pegang kertas sampai nak terbang kertas tu sebab gigil. Alhamdulillah sekarang makin better. Antara lain kesan dia ialah patient tyhroid ni akan selalu rasa gementar, berdebar, cuak tak bertempat. Ni selalunya time nak present atau cakap kat depanlah. Sedangkan dulu aku okay dan boleh kawal emosi tu. Tapi sejak ada thyroid ni, memang tak mampu kawal. Sampai pernah berpeluh, nak nangis, debar sampai jantung rasa nak meletup pun ada.

Paling teruk, thyroid ni menyebabkan kita selalu emotional. Salah cara sikit mesti terasa hati, sedih, kuat melenting, moody tak tentu hala dan seangkatan dengannya. Ni semua kesan daripada hormone thyroid yang tak stabil dan telah tidak menstabilkan hormon-hormon lain. Sampaikan dia effect menstrual cycle juga. Bahaya untuk orang yang dah berkahwin. Kalau tak overcome dan treat, akan susah untuk hamil disebabkan ketidakstabilan hormone tadi. Antara lain, badan akan cepat sangat penat. Penat dia tu memang melepek dan tak mampu buat apa-apa. Yang kita nak Cuma tidur je. Tapi selalunya lepas berehat kejap  tu akan bertenaga semulalah. Tu pun bertahan untuk beberapa ketika sebelum melepek semula. Benda ni agak mengganggu jika kita masih student atau kita dah bekerja dan kita terikat dengan sekian-sekian peraturan. Kalau patient thyroid ni sakit, selalunya sangat take time untuk sembuh. Kalau demam lambat sembuh dan kalau batuk apatah lagi. Sebab dia ada kaitan dengan leher dan tekak kan. Jadi kesihatan kena jaga supaya tak timbul masalah lain pulak. Suara pun akan berubah sikit. Suara jadi macam garau takpun serak basah. Kalau dulu menyanyi sedap, lepas ada thyroid suara akan tak sedap bila nyanyi. Lebih kurang gitulah huhu.

Selain tu kan, aku selalu cramp. salah pusing, salah jalan, salah gerak, Even terlalu sejuk pun boleh cramp. Ada masa duduk lama sangat pun boleh cramp. Cramp ni akan sangat sakit untuk beberapa minit tapi lepastu dia akan okaylah. Puncanya, calcium tak cukup yang berpunca jugak daripada thyroid ni. Sebab tu aku kena makan ubat calcium untuk tambah calcium dalam badan. Angkat berat tak boleh. Terlalu aktif tak boleh. Tapi bukan makna kena terperuk jelah atas katil. Kita kenalah live our life. Cuba perlahan-lahan exercise takat mana yang boleh. Supaya kita akan lebih sihat. Inshaa Allah.


Yang ni antara apa yang aku alami. The struggle is real, serious. Lain patient lain kesan dia tapi yang general tu sama jelah. Macam gigil, berdebar tu. Banyak lagi yang lain sebenarnya. Tapi cukup dululah kot takat ni. Aku syukur sangat Allah hantar ujian ni waktu masih muda ni sebab sakit ni ingatkan aku yang muda pun boleh mati dan muda buka makna kau selamat, boleh enjoy huha huha tak ingat akhirat. Ujian tu sebenarnya membawa kita kembali pada Pencipta dan ujian tu sebenarnya jadi tiket nanti untuk kita ke syurga. Jaga kesihatan diri. Memang sakit tu kalau Allah nak bagi, Allah akan bagi hatta sihat macam mana pun. Tapi why nt kita jaga kesihatan kita supaya kita dapat beribadah seoptimum mungkin. Mencegah is better than merawat right ? semoga kita sentiasa tabah dengan ujian dan dugaan. Dan semoga kita redha dan sentiasa melihat ke bawah – iaitu orang yang lebih dahsyat ujiannya dari kita- agar kita sentiasa bersyukur. Amin. Hajat doa. :)


Comments

Popular posts from this blog

Lirik Lagu Albi Nadak

Kali ni nak sediakan lirik lagu yang kat atas tu. kot-kot lah ada yang berminat ~ Lagu Pertama : Albi Nadak / Fares | Lagu ni lagu Arab. dan Albi Nadak tu maksudnya Seruan Hatiku. Kalau ikut bahasa Arab sebenar, Qalbi Nadak. Albi Nadak tu ialah bahasa dialek | Lirik Arabnya Leek, ana milk leek  ta'ala arrab dommeni, makhtag   eleek, o rokhi feek   ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek   hawak howa el khaya,   wenta elly ana, ba'ashek hawa   kan albi monaah   agmal malak, yekoon ma'ah   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek   wa 'omri fadak   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek   wa 'omri fadak   Eh, akhtag le eh ...

Implikasi Teori Pemerolehan Bahasa

IMPLIKASI TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. Dasawarsa, peranan guru bahasa dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada pelajar sangat dipengaruhi oleh teori pemerolehan bahasa yang menjadi asas pegangannya. Seseorang guru akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid-muridnya. Teori pemerolehan bahasa boleh dibahagikan kepada empat iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalis . Setiap teori pemerolehan bahasa ini mempunyai prinsip dan fokus tersendiri. Hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Jika dikaji dan difahami teori-teori tersebut, sangat jelas dapat dilihat idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan. Teori pemerolehan bahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembe...

BMMB3073 Penggunaan Bahasa Rojak

Bahasa merupakan alat komunikasi terpenting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Bahasa membolehkan manusia berhubung, melahirkan idea dan meluahkan perasaan. Bahasa merupakan nadi kepada sesuatu bangsa. Penyalahgunaan bahasa boleh memberi kesan kepada perlambangan sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia, isu penggunaan bahasa rojak sering menjadi isu utama yang hangat diperdebatkan. Isu ini seharusnya diatasi dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah. Hal ini kerana, generasi kini merupakan pemimpin negara pada zaman akan datang. Oleh itu, mereka perlulah dididik untuk menggunakan bahasa dengan betul supaya bahasa ibunda rakyat Malaysia tidak pudar ditelan zaman. Bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Menurut Reed, V. A. (1994)  pula, bahasa adalah lambang-lambang yang kita ...