Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Novel - "Cinta"

Bab 8 3 Januari 2011. Awal januari pun tiba menandakan penggal baru persekolahan turut bermula. Setahun berlalu. Banyak juga peristiwa pahit manis yang meninggalkan kesan dalam kehidupanku. Juga kehidupan kami. Eh sekejap, kami ? Ya, kami. Selepas sahaja masing-masing meluahkan rasa hati malam itu, kami menyulam kasih dan rindu. Namun, atas dasar menjaga hati ramai pihak, hubungan kami dirahsiakan. Aku khuatir banyak hati yang akan terluka kelak mengetahui hubungan kami. Juga dia perlu menjaga reputasi dirinya dan titlenya agar tidak disalaherti oleh orang lain. Maka, selama kurang daripada setengah tahun itu, kami berusaha menyembunyikan perhubungan cinta dari siapapun.  Menjelang PMR dan pasca PMR juga kami banyak menghabiskan masa bersama, menyertai program luar bersama dan saling menjaga antara satu sama lain. Cehhh haha. Sehingga ada satu ketika tu, kami terlibat dalam Program Perkampungan Penulisan Sajak di sebuah sekolah bersama beberapa orang rakan lain. Dan di...