Bab 8
3 Januari 2011.
Awal januari pun tiba menandakan penggal baru persekolahan turut bermula. Setahun berlalu. Banyak juga peristiwa pahit manis yang meninggalkan kesan dalam kehidupanku. Juga kehidupan kami. Eh sekejap, kami ? Ya, kami. Selepas sahaja masing-masing meluahkan rasa hati malam itu, kami menyulam kasih dan rindu. Namun, atas dasar menjaga hati ramai pihak, hubungan kami dirahsiakan. Aku khuatir banyak hati yang akan terluka kelak mengetahui hubungan kami. Juga dia perlu menjaga reputasi dirinya dan titlenya agar tidak disalaherti oleh orang lain. Maka, selama kurang daripada setengah tahun itu, kami berusaha menyembunyikan perhubungan cinta dari siapapun.
Menjelang PMR dan pasca PMR juga kami banyak menghabiskan masa bersama, menyertai program luar bersama dan saling menjaga antara satu sama lain. Cehhh haha. Sehingga ada satu ketika tu, kami terlibat dalam Program Perkampungan Penulisan Sajak di sebuah sekolah bersama beberapa orang rakan lain. Dan di penghujung program tersebut, kami perlu menghasilkan sebuah puisi. Oleh sebab si Aiman cemburu denganku, dia boleh pula menulis sajak berbaur ayat orang putus cinta sehingga disyak oleh cikgu. Dahsyat penangan orang bercinta. Walaupun ketika itu, bolehlah nak dikatakan masih dalam fasa cinta monyet kan.
Dan menjelang keputusan PMR juga, kami berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang juga. 9A dan melayakkan kami memohon masuk ke kelas aliran Sains. Maka, aku dan Aiman ketika itu sudah merancang untuk duduk di kerusi secara berhadapan sama seperti di Tingkatan 3 dahulu. Beria-ria juga kami menyusun meja dan kerusi, tapi nasib tak menyebelahi maka aku terperosok jauh ke tepi sedangkan dia berada di barisan hadapan.
Bermula dari saat itu, pelbagai dugaan dan cubaan yang kami perlu hadapi dalam proses membentuk kami menjadi seorang remaja yang berjiwa kental dan matang.
Comments
Post a Comment