Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

KONFLIK PALESTIN-ISRAEL

Sejarah Palestin dan Israel             Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun. Palestin mempunyai pelbagai keistimewaan antaranya Masjidil al-Aqsa di Palestin merupakan kiblat pertama orang Islam. Di masjid inilah Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Selain itu, ibu kota Palestin iaitu kota Baitulmaqdis merupakan tanah suci umat Islam dan turut diakui Yahudi sebagai tempat suci mereka.  Baitulmaqdis kaya dengan budaya dan tamadunnya. Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949...

It's Me ~

Assalamualaikum. :) It's me. Nur AJ. Teacher wanna be. A highly dreamed  Special Education Teacher. 'Guru Pelatih' at IPG Kampus Perempuan  Melayu,  Melaka. I am Pahang's. SMK Seri Bentong ians ~ Palamians ~ Benum Hill's PLKN ians A struggling Mukminah who try hard to pleased Allah. To gain Jannah. Hope for the khusnul fatimah for me and my beloved family. I wanna sent my parents to Hajj with my own effort. Do pray for me. ~ Aminnnn ~  Do read mine ! :D - The End -

Ahlan Wasahlann

Assalamualaikum w.b.t Ahlan Wasahlan. May Allah Bless you. :) Have fun while reading my blog. Keeps the benefit and leave the bad things in the comment site for me to repair it. Do comment and follow me ya.

KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN REMAJA

             Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, remaja didefinisikan sebagai sudah mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Menurut Azizi Haji Yahya (2011) pula, zaman remaja dikatakan bermula daripada akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa, yang merupakan satu tempoh peralihan dalam pusingan hidup yang melibatkan banyak perubahan yang berlaku sama ada daripada segi perkembangan fizikal, emosi dan kognitif iaitu mula berminat mengadakan hubungan dengan rakan sebaya. Secara umumnya, remaja ialah golongan yang berumur 12 hingga 21 tahun atau 13 hingga 25 tahun yang mempunyai sifat ingin mencuba yang tinggi. Pelbagai perubahan drastik berlaku dalam fasa ini yang mana perubahan ini akan memberi kesan kepada emosi remaja. Kesantunan berbahasa pula memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai-nilai murni, etika yang tinggi dan berbahasa secara sopan dan santun. Remaja pada masa ini, dilihat semakin kurang k...

Yang Perfect itu hanya ALLAH.

Assalamualaikum. Salam ukhuwah. Terima kasih sebab singgah. Pernah tak kita marah orang sebab kan sesuatu hal yang kita expect dia buat, tapi, tak buat. Hmm. Mungkin pernah, mungkin tak. Hari ni saya nak share sikit tentang yang PERFECT ITU HANYA ALLAH. Kita ni, bukan semua kita boleh buat kan ? Orang lain juga. Kerana apa ? Kerana kita manusia biasa. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Ada kelemahan. Ada perkara kita boleh buat. Dan ada yang kita tak mampu buat. Jadi, kenapa kita nak marah bila orang lain tak reti @ tak berkemahiran dalam sesuatu hal. Tak perlu lah nak mengutuk. Nak membebel. Kesiann orang kan. Sabar jela. Mungkin dia dah cuba yang terbaik. Tapi kita tak sedar. Kalau kita dikaburi dengan kelemahan dia je, bila nak nampak kelebihan dia ? Orang beriman sentiasa berlapang dada. Orang beriman sentiasa menjaga hati muslim yang lain. Sabar dengan segala perkara kerana sabar ada ganjarannya. Allah Maha Tahu.

A+ oh A+ ....

KENAPA PERLU TARGET  STRAIGHT A+ UNTUK SPM ? Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t .  Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan besar Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W . Lepas dah masuk asasi ni, barulah terbit kesedaran yang sebenar-benar sedar dalam diri tentang pentingnya straight A+ waktu SPM. Saya berbicara tentang straight A+, bukan tentang straight A+ campur A- sikit, campur A sikit kat mana-mana subjek. Bukan ye. Hanya tentang A+ . Nampak tak kesungguhan kat situ sampai siap bold + dimerahkan + di italic kan lagi tulisan. Betapa nak tekankan kat situ kepentingannya. Keputusan SPM result saya tidaklah sehebat mana sampai dapat scholarship @ tajaan mana-mana pihak. Hanya taraf diterima masuk asasi sahaja. Tapi asasi pun actually gempak gila la. Terima kasihla kepada Centre for Foundation Study UiTM kerana memilih saya  untuk menyambung generasi asasi di sini. UiTM benar-...

Hakikat Bahagia. UNIC.

Bahagia itu dari dalam diri Kesannya zahir rupanya maknawi Terpendam bagai permata di dasar hati Bahagia itu ada pada hati Bertakhta di kerajaan diri Terbenam bagai mutiara di lautan nurani Bahagia itu ada di jiwa Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu adalah suatu ketenangan Bila susah tiada gelisah Bila miskin syukur pada Tuhan Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang Kebahagiaan itu suatu kesyukuran Bila kaya jadi insan pemurah Bila berkuasa amanah Bila berjaya tidak alpa Bila sihat tidak lupakan Tuhan Hakikatnya bahagia itu Adalah ketenangan Bila hati mengingati Tuhan Semua insan kan mengerti Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki #find here

cerita tentang Nabi kita.

Pakar Bedah Ghaib Menggerunkan Halimah Kambingpun Ceria                  Warna alam berubah daripada kuning kepada oren. Waktu Asar menjelma. Halimah tiba di kampung halaman. Tanah tandus menyambut kehadiran bayi mulia. Emmbekkkk… Bunyi kambing-kambingnya terdengar ceria. Ia baru pulang dari tempat gembalaan. Halimah menjengukkan kepala bagi meninjau binatang-binatang berjasa itu. “Ya Allah!” Halimah terkejut melihat kantung susu kambing-kambingnya bengkak. Susu bertitis-titisan minta diperah. Halimah melihat pula kambing-kambing jirannya. Kurus-kering dan tidak bertenaga. “Keberkatan apakah ini?” Halimah teruja. Hari seterusnya, jiran-jiran Halimah menggembalakan kambing mereka di tempat kambing-kambing Halimah digembala. Mereka berharap moga-moga keberkatan itu menempias kepada kambing mereka juga. Kampung Bani Saad Menjadi Subur Selama 2 tahun bayi kecil bernama Muhammad membesar d...

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA.

Jika kamu memancing ikan……  Setelah ikan itu terlekat di mata kail……  Hendaklah kamu mengambil ikan itu……  Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….  Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……  Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……  Begitulah juga……  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……  Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……  Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……  Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……  Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……  dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……  Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……  Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……  Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……  Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……...