Skip to main content

KONFLIK PALESTIN-ISRAEL

Sejarah Palestin dan Israel

            Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun. Palestin mempunyai pelbagai keistimewaan antaranya Masjidil al-Aqsa di Palestin merupakan kiblat pertama orang Islam. Di masjid inilah Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Selain itu, ibu kota Palestin iaitu kota Baitulmaqdis merupakan tanah suci umat Islam dan turut diakui Yahudi sebagai tempat suci mereka.  Baitulmaqdis kaya dengan budaya dan tamadunnya. Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmaqdis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmaqdis Timur (Kota Lama) menjadi milik Palestin (dahulunya milik Jordan sebelum negara Palestin mencapai kemerdekaan). Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel juga menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat sedunia. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negaranya. Bangsa Israel bersusur galur daripada Nabi Ishak AS, anak kepada Nabi Ibrahim AS. Perkataan Israel itu sendiri merujuk kepada Nabi Yaakub AS, anak kepada Nabi Ishak. Umat Islam sebenarnya adalah saudara jauh kepada bangsa Yahudi, kerana Nabi Ismail AS, tok moyang kepada Nabi Muhammad SAW adalah adik-beradik tiri kepada Nabi Ishak. 

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan ‘Tanah Yang Dijanjikan Tuhan’ kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Sejarah bani Israel ini dipercayai wujud sejak zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kisahnya apabila Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut. Setelah it, Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin.
Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah. Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia. Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin sehinggalah Rasulullah S.A.W. menubuhkan empayar Islam dan menawan semula Palestin. Sejak itu Palestin menjadi tanah ketiga umat Islam dan bermulalah kependudukan umat Islam di situ.
            Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan ‘fatwa’ mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades). Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun. Islam berjaya dimakmurkan semula di Palestin apabila Sultan Salahuddin al-Ayubi berjaya menawan semula Palestin sekitar tahun 1187. Kerajaan berkembang sehinggalah zaman Turki Uthmaniyyah. Empayar Islam semakin lemah di bawah kekuasaan Barat.
Apabila berlakunya Perang Dunia Pertama antara Pakatan Bertiga (Britain-Perancis-Rusia) dan Pakatan Pusat(Jerman dan Austria/Hungary). Kerajaan Turki Uthmaniyah menyertai Pakatan Pusat yang akhirnya Pakatan Bertiga menguasai negara Timur Tengah. Kerajaan Islam Timur dikuasai oleh Britain,kerajaan Islam barat dikuasai oleh Perancis dan kerajaan Islam utara dikuasai oleh Rusia. Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Wakil Yahudi Britain ketika itu ialah Chaim Weizzman, seorang saintis yang sangat berbakti kepada kerajaan Britain. Bermula dari itu, penempatan Yahudi di Palestin meningkat. Pada tahun 1919, Perang Dunia Pertama tamat dan pada tahun 1922, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Persidangan ini menjajikan kemerdekaan ke atas Turki Uthmaniyah.
            Proses pensekularan berterusan di Turki sehinggalah seorang pemerinta Jerman, Adolf Hitler naik takhta dan melaksanakan pelan pemusnahan kaum dengan membunuh Euthanasia beramai-ramai ke atas golongan tertentu yang majoritinya Yahudi ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua. Pelan ini dikenali sebagai Action T4. Setelah perang tamat, dianggarkan seramai 6 juta penganut Yahudi di Eropah mati dibunuh. Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948. Jumlah penduduk Yahudi yang tinggal sangat sedikit dan mereka tinggal dalam keadaan ketakutan. Amerika Syarikat yang merupakan kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua merupakan dalang utama dalam penubuhan Israel. Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan. 16 May 1948 menyaksikan kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann. 
Impak Konflik Kepada Palestin
           Konflik yang melibatkan peperangan ini memberi impak yang besar kepada Palestin. Konflik yang telah berlanjutan selama lebih kurang 100 tahun ini telah mengakibatkan kematian ramai rakyat Palestin. Kematian kanak-kanak dan kaum wanita adalah paling ramai kerana Zionis menyerang dan menujukan serangan mereka kepada golongan-golongan ini. Hal ini kerana, pada pemikiran mereka apabila kaum wanita dan kanak-kanak ini dibunuh, mereka dapat melemahkan semangat kaum lelaki yang sedang berjihad. Andaian mereka ternyata salah kerana rakyat Palestin mempunyai semangat yang kental dan tidak mudah menyerah. Apabila ada rakyat Palestin yang gugur, ada pula rakyat Palestin yang sedang dilahirkan. Malahan bilangan penduduk di negara mereka semakin bertambah.
               Akibat peperangan ini juga, anak-anak Palestin tidak dapat memperolehi ilmu pendidikan yang sempurna. Sekolah-sekolah mereka dimusnahkan oleh tentera Zionis. Guru-guru mereka juga sibuk berjihad di medan peperangan. Mereka juga sibuk untuk menjaga adik-adik mereka di rumah dan menjaga ibu mereka tatkala bapa mereka keluar berperang. Namun begitu, mereka tetap memperoleh ilmu tentang kehidupan walaupun tidak ke sekolah. Berbeza dengan rakyat Malaysia, walaupun mereka ke sekolah, sesetengahnya mempunyai akhlak negatif seperti kerap ponteng sekolah, bergaduh di sekolah dan tidak beradab dengan guru. Anak-anak Palestin juga sangat menjaga khazanah ilmu mereka walaupun kebanyakannya telah musnah dibakar atau dibuang.
             Selain itu, tanaman-tanaman di Palestin banyak yang musnah. Tindakan Zionis yang melanggar tanaman-tanaman ini tanpa belas kasihan mengakibatkan sumber ekonomi di Palestin berkurangan. Pintu-pintu masuk di setiap sempadan juga ditutup dan sumber makanan tidak dapat dibawa masuk. Bangunan-bangunan juga banyak yang musnah dan aroboh akibat peperangan. Rakyat Palestin tidak mempunyai tempat tinggal kerana rumah mereka dimusnahkan dan dibom. Jika pagi hari ini mereka membaiki rumah mereka, kemungkinan pada petang atau malam hari ini, rumah mereka akan dimusnahkan semula.            
Palestin Sekarang

            Sejak penubuhan negara haram Israel, konflik antara umat Islam dan Zionis berterusan sehingga kini. Banyak peperangan telah dilancarkan antara kedua-dua belah pihak dan antara yang paling meninggalkan kesan kepada sosio-politik wilayah yang bergolak itu adalah peperangan 1948, peperangan 6 hari pada 1967 dan pelancaran intifadah oleh rakyat Palestin (siri pertama pada 1987 dan siri kedua pada 2000).

             Hamas telah ditubuhkan oleh Syaikh Ahmed Yassin, Abdul Aziz al-Rantissi dan Mahmoud Zahhar ketika Intifadah pertama memuncak pada tahun 1987, sebagai reaksi kepada kegagalan Fatah memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Pada tahun 2006, buat pertama kalinya Hamas telah memenangi pilihanraya di Gaza dan sehingga kini, Hamas merupakan kerajaan tempatan di Gaza. Sehingga kini, lebih banyak nyawa rakyat Palestin yang terkorban berbanding dengan jumlah kematian di pihak Israel. Israel, yang didokong oleh Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara-negara Eropah telah melancarkan serangan demi serangan ke atas Palestin, tanpa sebarang bantahan dan tindakan susulan oleh dunia yang hanya memerhatikan apa yang berlaku. Perjanjian-perjanjian damai hanya tinggal di atas kertas semata, berulang-ulang kali dikhianati oleh Israel.
             Genjatan senjata terbaru pada 28 Ogos 2014 yang lalu telah memberi kemerdekaan kepada rakyat Palestin. Pada 31 Ogos 2014, Menteri Dalam Negeri Israel telah membuat pengumuman bahawa kehidupan di negara itu (Palestin) akan berjalan seperti biasa bermula pukul 6 petang 30 Ogos 2014. Perdana Menteri Israel, Netanyahtu telah membuat pengakuan bahawa pengunduran tentera mereka dari sempadan Gaza adalah satu langkah yang dibuat dalam ketakutan kerana tentera telah pun mengalami kehancuran ketika berperang di Gaza. Walaupun gencatan senjata telah dilakukan dan Palestin telah berjaya, penahanan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin masih dilakukan di beberapa tempat. Rakyat Palestin seharusnya tetap bersedia kerana dikhuatiri Israel akan memungkiri lagi janji mereka seperti yang telah berlaku sebelum ini.

            Palestin sekarang sedang dalam proses pemulihan dan pembaikan. Bangunan-bangunan yang musnah dalam peperangan sedang dalam proses pembinaan semula. Anak-anak Palestin juga sudah mula bersiap-sedia untuk kembali ke sekolah menuntut ilmu. Kemerdekaan Palestin ini bukan sahaja mendamaikan hati rakyat-rakyatnya, malah turut mendamaikan hati umat Islam seluruhnya. Semoga kemerrdekaan ini akan kekal dan umat Islam akan kembali merampas tanah-tanah Palestin yang diakui Israel sebagai tanah mereka.



Impak konflik Palestin-Israel kepada Malaysia

            Konflik Palestin-Israel ini tidak banyak memberi impak negatif kepada Malaysia malah meninggalkan kesan positif ke atas rakyat Malaysia terutamanya dalam bidang sosial. Keberanian dan keteguhan iman tentera al-Qassam yang berjuang berhabis-habisan di Palestin telah meningkatkan semangat juang rakyat Malaysia. Masyarakat Islam di Malaysia amnya golongan muda menjadikan al-Qassam sebagai contoh terbaik. Banyak majlis ilmu yang berkisarkan Palestin diadakan di seluruh negara seperti solat sunat hajat perdana untuk Palestin, bacaan doa Qunut Nazilah dalam solat jemaah, Malam Puisi Gaza dan sebagainya. Semangat dan sokongan buat Palestin perlu diteruskan kerana Palestin merupakan tanah suci umat Islam.

            Rakyat Malaysia juga dengan rela hati menjadi penderma dengan mendermakan wang dan pelbagai keperluan untuk meringankan beban rakyat Palestin. Pada bulan Ogos 2014 baru-baru ini, Malaysia turut menghantar lima orang pakar dalam bidang perubatan untuk membantu merawat rakyat Palestin yang tercedera akibat peperangan. Sokongan padu rakyat Malaysia terhadap Palestin tetap teguh walaupun menerima ancaman yang tidak diketahui kebenarannya daripada pihak Zionis. Tindakan memboikot barang-barang keluaran Israel di Malaysia juga giat dijalankan bertujuan untuk melemahkan ekonomi Israel dan menghentikan pembinaan senjata untuk digunakan bagi menyerang negara-negara Islam.
             Terdapat juga beberapa perhimpunan keamanan yang diadakan di seluruh Malaysia. Perhimpunan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap Palestin. Perhimpunan yang diadakan ini tidak akan dipandang negatif sekiranya masyarakat yang terlibat tahu menjaga adab dan tidak melakukan perkara yang dilarang. Penglibatan rakyat Malaysia ini walaupun secara tidak langsung diharapkan dapt menyumbang semangat juang walau sedikit kepada tentera Islam yang berjuang di Palestin. Apabila Palestin telah memperoleh kemenangan, masyarakat Malaysia turut gembira mendengar berita tersebut kerana Malaysia berada bersama Palestin.


Comments

Popular posts from this blog

Lirik Lagu Albi Nadak

Kali ni nak sediakan lirik lagu yang kat atas tu. kot-kot lah ada yang berminat ~ Lagu Pertama : Albi Nadak / Fares | Lagu ni lagu Arab. dan Albi Nadak tu maksudnya Seruan Hatiku. Kalau ikut bahasa Arab sebenar, Qalbi Nadak. Albi Nadak tu ialah bahasa dialek | Lirik Arabnya Leek, ana milk leek  ta'ala arrab dommeni, makhtag   eleek, o rokhi feek   ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek   hawak howa el khaya,   wenta elly ana, ba'ashek hawa   kan albi monaah   agmal malak, yekoon ma'ah   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek   wa 'omri fadak   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek   wa 'omri fadak   Eh, akhtag le eh ...

Implikasi Teori Pemerolehan Bahasa

IMPLIKASI TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. Dasawarsa, peranan guru bahasa dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada pelajar sangat dipengaruhi oleh teori pemerolehan bahasa yang menjadi asas pegangannya. Seseorang guru akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid-muridnya. Teori pemerolehan bahasa boleh dibahagikan kepada empat iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalis . Setiap teori pemerolehan bahasa ini mempunyai prinsip dan fokus tersendiri. Hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Jika dikaji dan difahami teori-teori tersebut, sangat jelas dapat dilihat idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan. Teori pemerolehan bahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembe...

BMMB3073 Penggunaan Bahasa Rojak

Bahasa merupakan alat komunikasi terpenting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Bahasa membolehkan manusia berhubung, melahirkan idea dan meluahkan perasaan. Bahasa merupakan nadi kepada sesuatu bangsa. Penyalahgunaan bahasa boleh memberi kesan kepada perlambangan sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia, isu penggunaan bahasa rojak sering menjadi isu utama yang hangat diperdebatkan. Isu ini seharusnya diatasi dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah. Hal ini kerana, generasi kini merupakan pemimpin negara pada zaman akan datang. Oleh itu, mereka perlulah dididik untuk menggunakan bahasa dengan betul supaya bahasa ibunda rakyat Malaysia tidak pudar ditelan zaman. Bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Menurut Reed, V. A. (1994)  pula, bahasa adalah lambang-lambang yang kita ...