Skip to main content

Selfie Diri


Entry ni ditulis khas atas sebab nak menenangkan hati yang sedang cuba nak menerima apa yang Allah takdirkan selamanya. Dan juga nak share dengan sahabat-sahabat sedikit yang mungkin boleh membantu kerana situasi kita sama. With love, do read


“Ya Allah. Banyaknya kerja. Tak larat dah rasanya.”
“Kenapa sebijik macam sekolah ni ? Sukanlah, integritilah, motivasilah. Nonsense lah.”
“Takkanlah kena pakai baju kurung je. Universiti tu, matrik tu, boleh je pakai baju biasa. Bosan lah.”
“Haih, menyesalnya tak stay je kat u/matrik dulu. Kenapalah aku masuk sini ?”
“Banyaknya program. Semua wajib join ke ?”

Kat atas tu adalah antara ayat-ayat dan kata-kata yang mungkin pernah saya dan sahabat-sahabat lontarkan sepanjang study di IPG ni. Ya, memang penat. Memang sangat banyak kerja. Memang rasa nak end up dan lari. Haha. Metafora sungguh. Tapi, memang sungguh pun. Alhamdulillah, ada Allah Maha Pemberi semangat. Alhamdulillah, punya ibu, ayah, keluarga yang sentiasa menyokong tanpa jemu, alhamdulillah ada sahabat, senior, pensyarah yang sentiasa sokong dan tolong tolak dari belakang. Dengan semua kurniaan ini, diri ni masih mampu berdiri untuk hari ini.
Nak ajak refleksi sikitlah sepanjang perjalanan hidup kat IPG ni. Walaupun belum sampai satu semester pun. Teringat pesan seorang sahabat bila diluahkan perasaan tentang segala kepenatan dan ke tak laratan dengan program-program kat sini. Nasihatnya mudah. Sangat membantu.

Kata dia, seharusnya segala aktiviti IPG sebijik seperti sekolah. Kerana apa ? Kerana IPG kan tempat melatih guru. Seorang guru yang berwibawa, bertanggungjawab, yang penuh dengan pengalaman dan penuh dengan segalanya. Guru, tempatnya di sekolah. Mengajar, menumpahkan segala ilmu di sekolah. Mustahil seorang guru berada di pelantar minyak, mengkaji segala isi daratan. Di sekolah terdapatnya hari sukan, minggu bahasa, minggu inovasi dan sebagainya. Kerana itu, pelajar-pelajar IPG dilatih untuk menguruskan  segala program. Segala aktiviti. Kerana itu, pelajar IPG dilatih untuk melibatkan diri dalam segala program. Segala aktiviti.  Nama pun guru pelatih kan. Sekiranya kita tidak dilatih dari awal, akan timbullah nanti mulut-mulut yang akan mempertikaikan kemahiran guru.

“Cikgu tak pandai urus program ? Baik tak payah jadi cikgu.”
“Apa ni cikgu ? Hari sukan pun tak ambil bahagian.”

Biarlah kita bersusah-susah sikit sekarang, sebelum kita disusahkan di kemudian hari. Biar kita penat sekarang wahai cikgu-cikgu, supaya nanti kita boleh bersenang-lenang daripada mendengar ayat-ayat pedas tak makan saman dari masyarakat sekeliling. Bukankah tujuan kita berada di IPG ni asalnya untuk menjadi guru ? Untuk menjadi pendidik ? Untuk ditarbiah agar kita mampu mentarbiah orang lain pula di kemudian hari ? ( Ecehh. Ayatku berbunga, bermetafora pulak hari ini. Telan jela belaka ye )

Bagus apa pakai baju kurung hari-hari. Ayu je. Perempuan Melayu kan. Kalaulah peraturan membenarkan kita pakai ikut suka, boleh jamin ke kita mampu jaga diri daripada tak berpakaian terlalu berlebihan dan tidak menutup aurat ? Belum jamin lagi sahabat. Jadi, bersyukurlah dengan ketentuan Allah. Semua ketentuan ada hikmahnya. Allah nak bantu kita. Kenapa dalam Akta 174 diwajibkan solat berjemaah di surau ? Allah nak bantu kita jadi ahli syurga. Allah nak bantu kita sentiasa ingat Dia. Kalaulah kita ni tak dekat dengan Allah, apa jadi ? Boleh ke nak capai 4 flat ? Mudah ke nak selesaikan segala urusan. Tanyalah hati jawapannya. Bila jauh dari Allah, siapa yang akan dekat dengan kita ? Ya, syaitan. Syaitan nanti jadi kawan baik kita. Lepastu mulalah, histeria bagai. Tambah lagi bila IPG semua perempuan. Nauzubillah. Renungkan dalam-dalam setiap hikmah. Kita pasti akan rasa syukur yang teramat. Kalau bukan kita yang bantu diri kita, siapa lagi ? Tepuk dada tanyalah iman.

            Pesan dia lagi, tujuan hidup tu biar jelas. Biar solid. Kalau masih tak tahu mengapa lakukan sesuatu hari ini, selfie balik, muhasabah balik. Betulkan mana-mana part yang tak kena. Kalau tak tahu nak betulkan, kalau tak tahu tang mana nak cari, cari sahabat, cari orang yang lebih arif yang boleh bantu kita. Sebab itu, wujudnya usrah. Tempat di mana nak meluahkan rasa. Tempat di mana nak memohon pertolongan. Tempat di mana nak berkongsi kasih sayang saat berjauhan dari keluarga. Usrah itu kan maksudnya keluarga. Kalau setakat nak duduk IPG belajar sampai pengsan – tak dapat apa-apa, makan, tidur, makan, tidur, lepastu exam, graduate, posting, tamat. Baik tak perlu. Assign jela hari ni kalau macam tu. Hidup tanpa tujuan sesat dan diibaratkan orang buta tanpa dipimpin. Sesat, melarat merata. Sebab tu kena ada tujuan. Dan tujuan kita paling utama adalah Allah. Bila Allah kita letak di tempat teratas, semuanya akan baik-baik dan flow smoothly je.

            Tak perlulah kot nak menyesali apa yang Allah takdirkan. Tak perlulah kot nak menyesal masuk IPG dan tinggalkan u / matrik kita dulu. Mana-mana tempat pun, kalau itu yang Allah takdirkan untuk kita, itulah yang terbaik untuk kita. Sesalkan yang dah lepas takde gunanya. Nikmati dan hargai apa yang kita ada hari ni, itu yang terbaik. Jadilah apa pun, kalau tiada hati, kita takkan mampu jadi yang terbaik. Percaya yang kita mampu lakukan. Ikhlaskan niat tu tak kira apa pun major, minor subjek kita. Boleh lagi nak pause kejap untuk betulkan niat, rancang balik apa aim kita. Sedikit tips dari saya yang juga saya perolehi daripada orang lebih arif,

v  Buat perancangan tentang apa yang akan kita lakukan dan ingin capai sepanjang perjalanan hidup sebagai pelajar. Jika 5 tahun belajar, buatlah perancangan 5 tahun. Kalau 8 tahun, buatlah perancangan selama 8 tahun. Bila masanya nak  capai 4 flat, nak beli kereta, nak hafal al-Quran dan bila masanya nak kahwin ( Mungkin -.- ). Heheh.
v  Buat perancangan untuk setiap hari dan minggu. Pastikan setiap hari semakin bertambah baik.
v  Utamakan priority sebagai seorang pelajar dalam setiap hal.


Banyak lagi sebenarnya tips yang lain. Google lah ye yang lain. Dan tips ini boleh diamalkan oleh setiap pelajar bukan pelajar IPG je. Harap bermanfaat untuk diamalkan.

            Setakat ini dahulu entri hari ini. Mungkin sekejap lagi ada lagi yang lain. Terima kasih you all semua kerana terus baca. Moga berguna. Terima kasih Tuan Puteri yang berkongsi pendapat. Moga ukhwah fillah till Jannah. Teruskan baca entri-entri seterusnya.

-The End-
           



Comments

Popular posts from this blog

Lirik Lagu Albi Nadak

Kali ni nak sediakan lirik lagu yang kat atas tu. kot-kot lah ada yang berminat ~ Lagu Pertama : Albi Nadak / Fares | Lagu ni lagu Arab. dan Albi Nadak tu maksudnya Seruan Hatiku. Kalau ikut bahasa Arab sebenar, Qalbi Nadak. Albi Nadak tu ialah bahasa dialek | Lirik Arabnya Leek, ana milk leek  ta'ala arrab dommeni, makhtag   eleek, o rokhi feek   ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek   hawak howa el khaya,   wenta elly ana, ba'ashek hawa   kan albi monaah   agmal malak, yekoon ma'ah   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek   wa 'omri fadak   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek   wa 'omri fadak   Eh, akhtag le eh ...

Implikasi Teori Pemerolehan Bahasa

IMPLIKASI TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. Dasawarsa, peranan guru bahasa dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada pelajar sangat dipengaruhi oleh teori pemerolehan bahasa yang menjadi asas pegangannya. Seseorang guru akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid-muridnya. Teori pemerolehan bahasa boleh dibahagikan kepada empat iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalis . Setiap teori pemerolehan bahasa ini mempunyai prinsip dan fokus tersendiri. Hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Jika dikaji dan difahami teori-teori tersebut, sangat jelas dapat dilihat idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan. Teori pemerolehan bahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembe...

Lirik Lagu Warkah Cinta Berbau Syurga

Lagu Ketiga : Lirik Lagu Warkah Cinta Berbau Syurga / UNIC ft IM Nazrul Sebuah jiwa terbentang seluas sahara, Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa, Setiap untai kata yang termaktub sudah Menjadi warkah cinta berbau syurga. Sempadan batinku hampir terbelah, Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa, Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota Cinta dari Syurga Biar beribu parut luka menghiris kalbu, Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar, Sekalipun diriku terbuang di mata insan, Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini. Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu, Bila saat aku pergi…biarlah cintaku tetap di situ. * Selama-lamanya, kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan. Biar beribu parut luka menghiris kalbu, Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar, Sekalipun diriku terbuang di mata insan, Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini. Cintaku ini....