Skip to main content

Malu vs Niqab

Dalam proses membuat research mengenai malu vs niqab. Mana yang perlu diutamakan. Mana yang penting sebenarnya. Dan apa kaitannya. Google punya google, jumpa post dari page fb ni, 'Ibnu Batootta'. Penjelasannya menarik, jelas dan simple je. Dan saya kongsikan di sini posnya. Encik Sederhana pun ada membincangkan soal niqab dan malu ni. Bolehlah round-round fb Encik Sederhana.
Do read ya ! Semoga bermanfaat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya tentang calon isteri yang baik.
Saya senaraikan apa yang patut. Kemudian dia berkata:
"Saya kalau boleh nak yang pakai purdah."
Ya, perkataan macam ni memang biasa saya dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni tak faham dan saya pun tanya.
"Tuan nak isteri yang BERPURDAH ke atau isteri yang PEMALU?"
"Maksud ustad macam mana?" Jawabnya.
"Wanita yang pakai purdah, tak semestinya wanita tu PEMALU, tapi wanita yang pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya jawab ringkas.
"Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya lagi.
"Zaman sekarang ni, ramaaaaiiiii wanita tutup badan dengan kain, tutup muka dengan kain pun dah semakin ramai, tapi yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU LANGSUNG DILIHAT LELAKI DAN TIDAK MAHU MELIHAT LELAKI.
Cuba tengok keadaan sekeliling, yang berpurdah pun masih kenakan pakaian terang macam pink, biru muda, fuhh nampak comel tu kan...? Ada jugak yang berpurdah hitam semua, tapi baik punya dia shoot gambar lepas tu upload dalam fb bagi tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang tayang bodi pun at least dapat bayaran, diorang ni yang bajet solehah pulak bagi tengok free? Mana maruah diorang?
Perempuan hodoh sekalipun, kalau diorang berpurdah, nampak mata saja, memang jadi seksi.... Awak tengok rasa bernafsu tak?" Petir dari saya.
"Err... malu nak ngaku, tapi sejujurnya memang nampak comel sangat dan rasa 'geram' timbul dalam hati." Jawab lelaki tu.
"Jadi apa gunanya mereka berpurdah? Baik bogel je... tengok yang berpurdah pun rasa 'geram', tengok yang berbogel pun rasa 'geram'. Sebab itu di dalam mazhab Syafie, pendapat yang paling rajih dan muktamad tentang purdah ialah hukumnya wajib (rujuk kitab fathul muin, iqna' dan lain-lain). Manakala pendapat yang daif pula mengatakan wajib hanya jika timbul fitnah, dan fatwa daif inilah yang digunakan secara meluas di Malaysia pada zaman ni. Bahkan sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat, kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup, bukannya bukak-bukak separuh (niqab separuh) nampak dahi macam di Malaysia (di Malaysia indonesia je wujud niqab separuh pelik tu), bahkan mereka suruh tutup mata dan tinggal satu mata sahaja UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK DILIHAT MATANYA.
Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan semua semua tu sebenarnya TAK PERLU PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum tutup aurat tu hanya disyariatkan bila wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup aurat?
Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu bukan terletak pada purdah atau tidaknya dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia. Jangan tertipu dengan munafik-munafik di fb." Saya jawab.
"Erm.. Baru saya sedar.. rupanya ramai perempuan yang menutup aurat, bahkan memakai purdah tapi TAK ADA SIFAT MALU." Jawab dia,semakin faham.
"Ya, sebab itulah saya cakap, kalau nak cari bini, bukan cari yang berpurdah, tapi cari yang pemalu. Sebab kalau dia pemalu, dia confirm akan pakai purdah dan malu nak keluar rumah. Wanita pemalu juga tak akan melihat lelaki dan tak akan menggedik dengan lelaki.
Tapi kalau dia tak malu, walau pun dia pakai purdah sejuta lapis, dia tetap suka berselfie dan tayang bodi dan diri pada lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha dengan lelaki bukan mahram. Macam tu ke perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan penggulungan dari saya.
"Alhamdulillah ustad, saya dah faham... doakan saya dapat jumpa permata macam yang ustad syorkan..." Jawapan akhirnya.
Note: Ajarkan anak dan isteri kalian sifat MALU kerana itulah satu-satunya mahkota wanita terindah yang diajar Rasulullah tetapi dihapuskan oleh wanita zaman ini.
Wahai wanita yang berakal... Deletelah foto-foto korang tu. Jangan kecewakan Rasulullah lagi dan lagi. Kalian mungkin jahil, tapi kalian bukan bodoh yang tak boleh diajar atau belajar sesuatu. Jadi belajarlah sesuatu dari kalam ini dan ubahlah. Tak cukupkah kes zina harian yang kita dengar?
Jahil: Tidak mengetahui.
Bodoh: Tak boleh berfikir.
Selfie tu tak salah, selfie lah sampai lebam. Yang salah ialah TAYANG BODI DEKAT LELAKI AJNABI (walaupun badan dan muka ditutupi kain, mata laki ada xray, dia tau saiz korang sekali pandang).
Perhatian: Kalau anda terasa, anda perlu bertaubat dan ubah, bukannya meroyan di ruangan komen kerana ia akan menjatuhkan maruah anda sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, malu tu yang utama. Pakailah apa pun tapi bila tiada malu, selesai. Semoga diambil ibrah. :D





Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Lagu Albi Nadak

Kali ni nak sediakan lirik lagu yang kat atas tu. kot-kot lah ada yang berminat ~ Lagu Pertama : Albi Nadak / Fares | Lagu ni lagu Arab. dan Albi Nadak tu maksudnya Seruan Hatiku. Kalau ikut bahasa Arab sebenar, Qalbi Nadak. Albi Nadak tu ialah bahasa dialek | Lirik Arabnya Leek, ana milk leek  ta'ala arrab dommeni, makhtag   eleek, o rokhi feek   ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek   hawak howa el khaya,   wenta elly ana, ba'ashek hawa   kan albi monaah   agmal malak, yekoon ma'ah   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek   wa 'omri fadak   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek   wa 'omri fadak   Eh, akhtag le eh ...

Implikasi Teori Pemerolehan Bahasa

IMPLIKASI TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. Dasawarsa, peranan guru bahasa dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada pelajar sangat dipengaruhi oleh teori pemerolehan bahasa yang menjadi asas pegangannya. Seseorang guru akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid-muridnya. Teori pemerolehan bahasa boleh dibahagikan kepada empat iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalis . Setiap teori pemerolehan bahasa ini mempunyai prinsip dan fokus tersendiri. Hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Jika dikaji dan difahami teori-teori tersebut, sangat jelas dapat dilihat idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan. Teori pemerolehan bahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembe...

BMMB3073 Penggunaan Bahasa Rojak

Bahasa merupakan alat komunikasi terpenting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Bahasa membolehkan manusia berhubung, melahirkan idea dan meluahkan perasaan. Bahasa merupakan nadi kepada sesuatu bangsa. Penyalahgunaan bahasa boleh memberi kesan kepada perlambangan sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia, isu penggunaan bahasa rojak sering menjadi isu utama yang hangat diperdebatkan. Isu ini seharusnya diatasi dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah. Hal ini kerana, generasi kini merupakan pemimpin negara pada zaman akan datang. Oleh itu, mereka perlulah dididik untuk menggunakan bahasa dengan betul supaya bahasa ibunda rakyat Malaysia tidak pudar ditelan zaman. Bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Menurut Reed, V. A. (1994)  pula, bahasa adalah lambang-lambang yang kita ...