Skip to main content

Masa ? Manfaatkan Lillahi Taala.

            Assalamualaikum. Setelah berkurun mendiamkan diri, ku muncul jua. Terasa nak menulis entry waktu minggu study week itu biasa. Time minggu orang suruh study ni la kita terasa macam nak tulis blog la, beli novel baca sampai habis la, nak marathon Running Man sehari suntuk sampai episod latest la dan lain-lain perkara yang tak patut. Padahalnya waktu minggu non-study week takde pulak nak buat benda-benda tu. tidur je memanjang tak ingat dunia sampai mata lebam macam panda sebab terlebih tidur. Itulah kita. Tak pandai hargai masa yang Allah bagi. Macam nak start membebel la pulak kan. :D 

           Bukannya nak membebel sangat. Tapi nak ingatkan diri sendiri dan reader-reader semua tentang kepentingan kurniaan masa yang Allah bagi ni. So kat bawah ni nak share sikit apa sebenarnya masa tu. Dan sharing ni telah di copy kat sini.


Masa adalah antara banyak perkara yang Allah bersumpah dengannya. Ini membuktikan bahawa masa adalah perkara yang sangat penting. (rujuk al-’Ashr: 1-3)
Malah bukan itu sahaja, sekiranya kita membuka lembaran al-Quran, kita akan dapati di sana terdapat banyak ayat yang menunjukkan Allah SWT bersumpah dengan masa. Antaranya rujuk surah al-Lail: 1-2, adh-Dhuha: 1-2, al-Fajr: 1-2 dan asy-Syams: 1-2.
Namun, apa yang menyedihkan, walaupun telah diperingatkan dengan kepentingan menguruskan masa, berapa ramai di kalangan kita yang lalai dan leka dalam menjaga masanya.
Masa berlalu dengan sia-sia tanpa dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Akhirnya, apabila sudah terlewat, barulah mereka menyesal sehingga meminta untuk diundurkan masa, ibarat kata pepatah ‘Sudah terhantuk baru hendak terngadah.’
Sayangnya, semua itu adalah mustahil. Ibarat kata pepatah ‘nasi sudah menjadi bubur.’ Penyesalan dan rintihan mereka yang mengabaikan masa di dunia telah dimuatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran sebagai pengiktibaran kepada kita semua supaya benar-benar menghargai masa yang ada. (rujuk al-Munafiqun: 10)
Nabi SAW juga banyak mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga masa. Orang yang tidak mementingkan masa dan tidak menguruskannya dengan baik, pasti akan rugi di dunia dan di Akhirat.
Rasulullah SAW bersabda: Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan. (riwayat al-Bukhari)
Peringatan yang diberikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW ini sebenarnya memberikan penekanan tentang bagaimana kita dapat menguruskan masa dengan lebih efisien dan berdisiplin.
Biasanya, kita akan dapat melihat orang yang paling baik dalam menguruskan masa ialah orang yang paling sibuk. Ini dibuktikan melalui pemerhatian kita kepada kehidupan Rasulullah SAW yang terlalu sibuk menguruskan agenda dakwah serta perjuangannya, menjadi pemimpin di negara Islam Madinah, menjadi ketua turus angkatan tentera, menjadi suami kepada isteri-isteri, menjadi ayah kepada anak-anak, menjadi teman kepada sahabat-sahabat dan sebagainya.
Akan tetapi, Baginda dapat menguruskan masa dengan cemerlang untuk melaksanakan urusan dan amanahnya sehingga semua manusia berpuas hati.
Setiap orang ditunaikan haknya dan tiada yang diabaikan oleh Rasulullah SAW. Lalu, persoalan yang perlu ditanya, adakah kita lebih sibuk daripada Rasulullah SAW sehingga kita mengabaikan sebahagian tanggungjawab kita?
“Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada. Oleh itu, bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya.”
So, konklusinya di sini kan, masa sangat penting dan pengurusan masa secara berhemah amat dituntut dalam Islam. Jomlah kita jadi Muslim sebenar dan bukan hanya Muslim pada IC semata. Gunakan masa kita untuk melaksanakan tanggungjawab sebaiknya sebagai muslim, dai'e, pelajar, pekerja, anak, adik, kakak, abang, mak, ayah dan sebagainya. Manfaatkan Lillahi Taala.

- Sekian -

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Lagu Albi Nadak

Kali ni nak sediakan lirik lagu yang kat atas tu. kot-kot lah ada yang berminat ~ Lagu Pertama : Albi Nadak / Fares | Lagu ni lagu Arab. dan Albi Nadak tu maksudnya Seruan Hatiku. Kalau ikut bahasa Arab sebenar, Qalbi Nadak. Albi Nadak tu ialah bahasa dialek | Lirik Arabnya Leek, ana milk leek  ta'ala arrab dommeni, makhtag   eleek, o rokhi feek   ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek   hawak howa el khaya,   wenta elly ana, ba'ashek hawa   kan albi monaah   agmal malak, yekoon ma'ah   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek   wa 'omri fadak   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek   wa 'omri fadak   Eh, akhtag le eh ...

Implikasi Teori Pemerolehan Bahasa

IMPLIKASI TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. Dasawarsa, peranan guru bahasa dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada pelajar sangat dipengaruhi oleh teori pemerolehan bahasa yang menjadi asas pegangannya. Seseorang guru akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid-muridnya. Teori pemerolehan bahasa boleh dibahagikan kepada empat iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalis . Setiap teori pemerolehan bahasa ini mempunyai prinsip dan fokus tersendiri. Hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Jika dikaji dan difahami teori-teori tersebut, sangat jelas dapat dilihat idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan. Teori pemerolehan bahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembe...

Lirik Lagu Warkah Cinta Berbau Syurga

Lagu Ketiga : Lirik Lagu Warkah Cinta Berbau Syurga / UNIC ft IM Nazrul Sebuah jiwa terbentang seluas sahara, Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa, Setiap untai kata yang termaktub sudah Menjadi warkah cinta berbau syurga. Sempadan batinku hampir terbelah, Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa, Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota Cinta dari Syurga Biar beribu parut luka menghiris kalbu, Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar, Sekalipun diriku terbuang di mata insan, Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini. Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu, Bila saat aku pergi…biarlah cintaku tetap di situ. * Selama-lamanya, kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan. Biar beribu parut luka menghiris kalbu, Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar, Sekalipun diriku terbuang di mata insan, Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini. Cintaku ini....