Penolong-ketua-kelas-volunteer
#secebispengalaman
#secabisperkongsian
Kenapa tajuk
macamtu (haha) ? Next entri ni nak share pengalaman aku waktu Tingkatan 1 di
sekolah yang sama (kalau korang baca entri Kapur dan Papan Hitam sebelum ni
korang tahulah sekolah mana). Perkongsian ini akan jadi back forth back forth
ikut mood jadi layankan ajelah (its mine so who care kan).
Back to the main
point lah kan, waktu aku Tingkatan 1, aku dapat masuk kelas aliran Arab which
means kelas first yang mana time tu sedih sangat tapi sekarang syukur sangat
(typical me, sesal dahulu syukur kemudian >.<). Bila hari-hari pertama
sesi persekolahan biasalah guru kelas akan masuk dan tanya siapa nak jadi ketua
kelas, siapa nak jadi penolong etc. Dan time tu guru kelas kami cikgu lelaki
yang selalunya dikenali dengan make it easy. Dia jenis malas nak fikir banyak
dan malas nak beria undi-undi semua. Aku yang jahat masa tu plan nak kenakan
kawan aku sorang ni. Hanna nama dia (anggaplah bukan nama sebenar). Jadi kami
macam tak fokus sangat dengan apa yang cikgu cakap time tu sebab kami sibuk nak
cadangkan nama satu sama lain. aku dan siap siaga nak angkat tangan sebab takut
dia angkat tangan dulu. Once dengar cikgu kata okay siapa nak cadangkan nama
penolong ketua kelas, aku terus angkat tangan dengan excited dan overnya. Dan cikgu
terus cakap, okay awak jadi penolong ketua kelas. Like what !? Aku nak cadang
nama kut. Bukan nak volunteer. Tapi cikgu abaikan aku dan proceed terus kepada
jawatankuasa yang lain tanpa sikit pun ihsan huhu.
Perasaan masa tu
serius tak suka dan gembira sekelumit pun malah menyesal sebab ada niat jahat
nak kenakan orang. Balasan tu Allah bagi on the spot. Allahu. Nak nasihat kat
sini, insaf-insaflah berniat tak baik dan berniat jahat sebab end up semua niat
jahat tu akan berbalik pada kita sendiri. Cuma masanya je cepat atau lambat. On
the spot atau tak on the spot.
Dan bermula dari
saat itu, orang akan selalu panggil aku penolong-volunteer. Walaupun tak
berlanjutan pun tapi orang masih anggap aku macamtu even aku dah explain
beratus kali yang aku nak cadangkan nama orang lain. People still talk back.
That is manusia kan. Makin aku besar makin aku faham kenapa. Mungkin mereka-mereka
cemburu dan mungkin jugak mereka-mereka tak suka aku. Tapi patutnya aku abaikan
je sebab semua tu tak bagi kesan apa pun pada aku. Dan bermula saat itulah aku
menjadi seorang penolong ketua kelas yang tak berapa berwibawa sangat. Muda lagi
kan jadi macamtulah gayanya.
Tapi, perkara yang
nak dihighlightkan daripada peristiwa ini ialah, aku berjaya join Majlis
Perwakilan Pelajar (pengawas sekolah) bermula daripada Tingkatan 2 sampai
Tingkatan 5, aku berjaya jadi exco asrama bermula daripada aku Tingkatan 2
sampai Tingkatan 5 dan end up jadi Naib Perwakilan Pelajar waktu Tingkatan 5. Sebabnya
pada masa itu, semua ketua kelas dan penolong ketua kelas akan dicalonkan dalam
MPP. Allah plans it beautifully. Serius cantik. Bermula dari sinilah aku jumpa Mr.
Right, belajar banyak benda, hadapi banyak cabaran dan dugaan yang menguatkan
aku sampai sekarang dan bermula dari peristiwa inilah yang membuatkan aku jadi
someone.
Makanya, redha dan bersyukur
atas segala ketentuan Allah. Walaupun kita masih setahun jagung waktu dugaan
dan ketentuan tu sampai, ingatlah bahawa benda tu akan lead kita ke satu jalan
yang cantik. Kita cuma kena teruskan berdoa, tawakal dan put all the trust in
Allah. Jangan berhenti berdoa sebab itu je senjata senapang M16 segala yang
kita ada. Doa. Dan terus doa. Allah knows well.
Comments
Post a Comment