Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Novel - "Cinta"

Bab 5             “Cepatlah Atiqah. Bas nak gerak dah tu. Kena tinggal nanti.” Aku menjerit dari luar bilik memanggil Atiqah yang tak keluar-keluar semenjak 10 minit yang lalu. Kami akan ke Bukit Gambang Resort harini bagi menghadiri seminar Jejak Jaya anjuran kerajaan Negeri Pahang selama tiga hari dua malam – Jumaat, Sabtu dan Ahad.             Kami bertiga terpaksa duduk di bahagian belakang dek kerana kelambatan Atiqah bersiap. Aku yang mabuk bas ini sudah gusar kerana bila-bila sahaja aku akan muntah. Namun, perjalanan yang panjang itu dihabiskan dengan tidur sahaja. Makanya, tidaklah pula aku begitu terasa peningnya. Kami sampai tepat jam 11 pagi dan diarahkan untuk menuju ke dewan seminar bagi tujuan taklimat dan pembahagian bilik. Selesai taklimat, kami menuju ke bilik masing-masing untuk berehat. Malam nanti kami akan memulakan slot pertama. Kami memelukan ten...

Kapur dan Papan Hitam

Me and Thyroid at 21 #secebispengalaman #secebisperkongsian Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Semoga segalanya dalam redha-Nya. Maka, kali ni nak cerita bagaimana Allah takdirkan aku mempunyai sejenis “boyfriend” yang bernama Carbimazole , Propranolol dan Calcium Lactate . Pertengahan Ramadhan 1437H bersamaan dengan Jun, 2016M, Allah uji dengan demam panas yang teramat dan sakit yang tidak surut. Lepas beberapa hari tu, aku terpaksa pergi klinik dek tuntutan kelas dan patching kalau tak hadir kelas. Dan doktor yang checkup tu perasan yang bacaan jantung laju dan doktor refer ke klinik jantung untuk check jantung. Bila check jantung, still bacaan tinggi dan doktor suspek mungkin ada thyroid sebab ciri-cirinya ada. dan doktor suruh ambik darah dan datang semula 2 minggu kemudian which is lepas raya untuk tahu keputusan. After 2 weeks, pergi ambik keputusan darah dan memang disahkan ada thyroid. Thyroid ni sebenarnya sejenis hormone yang ada pada...

Novel - "Cinta"

Bab 3             Sudah kukatakan sebelum ini, aku dan sahabatku berdua sangat membencinya – Si Aiman. Maka, aku dan dia memanglah tidak ngam apatah lagi mahu berbaik. Setiap hari-hari ku dipenuhi dengan memarahi dan mencari salahnya. Bergaduh itu biasa. Kebencian ku meluap-luap sehingga satu saat aku tidak mahu melihat mukanya. Namun begitu, tidak pernah pula aku sehingga sanggup meluahkan kata-kata kesat kepadanya. Aku tidak sampai pula tahap memukul malah menyentuhnya saja tidak pernah. Aku juga punya maruah dalam menjaga batas-batasku sebagai seorang wanita muslimah. Cuma bab-bab membencinya sahaja yang aku masih gagal .             Kami – aku, Atiqah dan Zaitun, menjadi kawan baik bersama si Faiz dan Farid berdua. Sehingga dipendekkan cerita, ada satu malam itu, si Faiz meluahkan rasa cinta pada aku melalui kawan-kawannya yang lelaki. Aku menolak. Masakan mahu ...

Novel - "Cinta"

Bab 1             Benarlah kata orang, cinta itu buta. Dari kecil hingga ke besar ini, kerapkali ku dengar hujah berkenaan pernyataan ini. Tidak ku percaya awalnya sehinggalah tiba saat itu. Saat itu. Saat aku jatuh cinta pada si dia yang ku benci sungguh-sungguh. Dan benci sungguh-sugguh itu melawan fitrahnya. Aku sayang dia sungguh-sungguh. Dia yang aku cinta kerana dia adalah dia dan bukan orang lain. Bab 2             09:10. Aku lihat jam berjenama Swatch di tangan kananku. Lalu kulihat pintu masuk kelas 3 Taqwa. Kemudian bola mataku beralih pula ke arah ketua kelas ku, Zainal yang duduk selang semeja di hadapanku. Kelas kekal bising seperti biasa. Almaklumlah , hari pertama persekolahan bagi tahun 2010. Berkajang-kajang kisah cuti sekolah yang ingin dikongsi bersama-sama rakan-rakan.             “ Haih. Lamb...

Ciri-ciri Wanita Solehah

Wanita solehah diidam di dunia, dinanti di syurga . Macam mana ciri-ciri wanita solehah ni ? Jom kita baca. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: فَالصَّالِحَاتُ   قَانِتَاتٌ   حَافِظَاتٌ   لِلْغَيْبِ   بِمَا   حَفِظَ   اللَّهُ "Wanita (iste ri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34) Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan di antara sifat wanita solehah adalah taat kepada Allah dan kepada suaminya dalam perkara yang ma'ruf lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya. "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, karena itulah Allah berfirman: "Wanita solehah adalah yang taat," yakni taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada." Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada (sedang bepergian, pen.), dia menja...