Skip to main content

Novel - "Cinta"


Bab 3
            Sudah kukatakan sebelum ini, aku dan sahabatku berdua sangat membencinya – Si Aiman. Maka, aku dan dia memanglah tidak ngam apatah lagi mahu berbaik. Setiap hari-hari ku dipenuhi dengan memarahi dan mencari salahnya. Bergaduh itu biasa. Kebencian ku meluap-luap sehingga satu saat aku tidak mahu melihat mukanya. Namun begitu, tidak pernah pula aku sehingga sanggup meluahkan kata-kata kesat kepadanya. Aku tidak sampai pula tahap memukul malah menyentuhnya saja tidak pernah. Aku juga punya maruah dalam menjaga batas-batasku sebagai seorang wanita muslimah. Cuma bab-bab membencinya sahaja yang aku masih gagal.
            Kami – aku, Atiqah dan Zaitun, menjadi kawan baik bersama si Faiz dan Farid berdua. Sehingga dipendekkan cerita, ada satu malam itu, si Faiz meluahkan rasa cinta pada aku melalui kawan-kawannya yang lelaki. Aku menolak. Masakan mahu  terima, aku tiada hati langsung pada dia. Hatiku pada orang lain. Masih kuingat waktu itu, ketika kelas persediaan malam, kawan-kawannya – termasuklah di Aiman itu, berjumpa denganku di luar kelas. Mereka memaksa aku untuk memberikan alasan atas apa aku menolak cintanya. Lalu aku yang sudah tidak tahan dengan asakan keras mereka, mengaku yang aku punya orang lain. Ya. Mungkin salahku juga kerana aku sering mengambil berat hal Faiz itu. Bertanya khabarnya, berkongsi cerita dengannya dan setiap malam sebelum pulang dari kelas persediaan, aku akan mengirimnya nota kecil dengan ucapan selamat malam dan sebagainya. Ada suatu masa, ketika majlis konsultansi guru dan ibu bapa penggal pertama, aku beria-ia mahu berjumpa ibunya. Aku mengaku. Aku memang sudah terang lagi bersuluh  memberinya harapan.
            Namun setelah itu, aku dan Faiz kembali normal. Kami berlagak profesional seperti  tiada apa yang berlaku antara kami. Malah kami membentuk organisasi yang gah juga di Tingkatan 5. Organisasi apa ? Kalian tunggulah nanti ye. Akan aku ceritakan peristiwa aku, Faiz dan Aiman di Tingkatan 5.




Bab 4
            Aku merenung kipas yang berpusing. Tak lama. Cukup sehingga kepala terasa pening. Aku alihkan pula pandangan ke arah jam yang tergantung di dinding bilik Exco ASPURI. Jarum pendek pada nombor 1 manakala jarum panjang pada nombor 10. 1:50 minit pagi dan ya aku masih berjaga. Bukan kerana stay up menyiapkan homework tapi kerana sepasang mata masih mahu terjaga.
            “Wahai mata, lelaplah. Esok kita perlu belajar lagi.”
Detusku. Jauh di sudut hati, aku seperti tahu mengapa mata tidak mahu lelap. Teringat aku akan tragedi sewaktu kelas persediaan malam tadi.
Tadi, seperti malam-malam biasa, aku bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. 2 per 3 daripada kawan sekelasku tidak berada di kelas kerana mereka menghadiri kelas Fardhu Ain khas. Kelas Fardhu Ain yang hanya pelajar terpilih sahaja yang menghadiri dan kebiasaannya dari kalangan pelajar yang lemah berbahasa Arab. Seingat aku, yang ada di dalam kelas ketika itu ialah aku, Aiman, Faiz dan 5 orang rakan sekelas perempuan.
            Dalam kesunyian kelas dan kelekaanku menyelesaikan kerja, terdengar bunyi tapak kasut orang berlari-lari menaiki tangga.memandangkan kelasku berada dekat dengan tangga, aku toleh ke tingkap dengan harapan dapat memberi amaran kepada pemilik bunyi kasut tersebut. Baru sahaja aku ingin membuka mulut, terbantut keinginanku apabila melihat si Aiman rupanya. Tetapi dia tidak berseorangan.
            “Siapa pulaklah tu,” detik hati.
Namun aku biarkan pertanyaan tak berjawab hati berlalu pergi. Buang masa sahaja jika aku bertanya. Nanti dicop aku penyibuk pula. Aku teruskan kerja dan buat-buat tak nampak sahaja Aiman dan seorang lagi pelajar lelaki yang kukira masih di Tingkatan 1 itu duduk di hadapanku. Tetapi, hatiku tidak tenang bila mereka berdua memusingkan kerusi menghadapku.
            Apehal pulak diorang ni.”
Aku terus mengangkat muka. Aura nak bergaduh dah menyirap dah dalam badan. Apabila aku mahu membuka mulut, si Aiman terus memintas percakapanku.
            Rilekslah weh. Ni aku bawak adik ni. Dia kata nak jumpa kau. Ashraf Sharifuddin namanya.”
Dan dia merendahkan suara seperti orang mahu berbisik,
            “.... dia nak jadi adik angkat kau.”
Menyirap darah naik ke muka. Apa ye yang aku rasa ? Entahlah aku pun tidak pasti. Tapi kulihat adik itu berlagak biasa sahaja dan menyengih seperti kerang busuk. Aku speechless. Tetapi sekejam-kejam aku, tidaklah pula aku nak menghampakan orang. Aku terima walau belum rela saat itu.
            Sebaik sahaja Ashraf pulang ke kelasnya, aku terus menyerbu Aiman,
            “Kau ni, sesuka hati je kan. Bawak orang lepastu senang-senang je kata nak jadi adik angkat aku. Adik kat rumah pun aku tak terjaga oiiii.”
Aiman diam  kemudian mata redupnya memandangku. Lama. Hingga gelisah aku dibuatnya. Aku takdelah brutal mana okay. Bila orang laki-laki merenungku begitu, aku tahu malu juga. Aku ketuk meja bagi menyembunyikan rasa maluku. Dan dia dengan tenang berkata,
“Jangan hampakan harapan orang,” dengan nada yang lembut ditambah pula dengan senyuman sehingga aku rasa kalau aku punya iman tiada saat itu, mahu cair seluruh badan. Apehallah mamat ni. Seriau pulak aku rasa. Dan setelah itu aku terus mengemas meja dan melangkah pulang ke asrama.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Lagu Albi Nadak

Kali ni nak sediakan lirik lagu yang kat atas tu. kot-kot lah ada yang berminat ~ Lagu Pertama : Albi Nadak / Fares | Lagu ni lagu Arab. dan Albi Nadak tu maksudnya Seruan Hatiku. Kalau ikut bahasa Arab sebenar, Qalbi Nadak. Albi Nadak tu ialah bahasa dialek | Lirik Arabnya Leek, ana milk leek  ta'ala arrab dommeni, makhtag   eleek, o rokhi feek   ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek   hawak howa el khaya,   wenta elly ana, ba'ashek hawa   kan albi monaah   agmal malak, yekoon ma'ah   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek   wa 'omri fadak   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek   wa 'omri fadak   Eh, akhtag le eh ...

Implikasi Teori Pemerolehan Bahasa

IMPLIKASI TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. Dasawarsa, peranan guru bahasa dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada pelajar sangat dipengaruhi oleh teori pemerolehan bahasa yang menjadi asas pegangannya. Seseorang guru akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid-muridnya. Teori pemerolehan bahasa boleh dibahagikan kepada empat iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalis . Setiap teori pemerolehan bahasa ini mempunyai prinsip dan fokus tersendiri. Hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Jika dikaji dan difahami teori-teori tersebut, sangat jelas dapat dilihat idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan. Teori pemerolehan bahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembe...

BMMB3073 Penggunaan Bahasa Rojak

Bahasa merupakan alat komunikasi terpenting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Bahasa membolehkan manusia berhubung, melahirkan idea dan meluahkan perasaan. Bahasa merupakan nadi kepada sesuatu bangsa. Penyalahgunaan bahasa boleh memberi kesan kepada perlambangan sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia, isu penggunaan bahasa rojak sering menjadi isu utama yang hangat diperdebatkan. Isu ini seharusnya diatasi dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah. Hal ini kerana, generasi kini merupakan pemimpin negara pada zaman akan datang. Oleh itu, mereka perlulah dididik untuk menggunakan bahasa dengan betul supaya bahasa ibunda rakyat Malaysia tidak pudar ditelan zaman. Bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Menurut Reed, V. A. (1994)  pula, bahasa adalah lambang-lambang yang kita ...