Skip to main content

Pesan untuk sahabat yang telah diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya.


 Untuk Sahabat yang disayangi,

Saat ini dikau keluar dari sangkar emasmu
menuju ranjang yang tak kau kenal
dan teman yang engkau belum terbiasa dengannya.

Sahabat,

Jadilah dikau buminya,
maka dia akan menjadi langitmu.
Jadilah permaidaninya,
dia akan menjadi tiang sandaranmu.
Jadilah hambanya,
maka dia akan menjadi sahayamu.

... “Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” ~ an-Nissa’ 4:19

Sahabatku,

Jagalah olehmu penciuman, pendengaran dan penglihatannya.
Janganlah biarkan dia mencium daripadamu, kecuali aroma yang harum-harum sahaja.
Janganlah biarkan dia mendengar kata daripadamu, kecuali yang baik-baik sahaja.
Janganlah biarkan dia memandang daripadamu, kecuali yang indah-indah sahaja.

Dan jangan menjauhi dia kerana dia akan melupakanmu.
Jika dia mendekatimu, maka mendekatlah dikau pada dia.

Jika dia menjauhimu yakni kerana marah padamu, maka menjauhlah dikau daripada dia.

~ ~ ~

Barakallah,

Selamat menempuh alam baru SAHABAT YANG BERWALIMAH. Moga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah  dan semoga kasih sayang kekal sampai Syurga selamanya. <3 

Comments