Skip to main content

Kapur dan Papan Hitam

Aisya
#secebispengalaman
#secebisperkongsian

Kalau ikut pada tajuk tu, memang ye Aisya ialah sejenis nama orang. Bukan Aisha dalam filem Ayat-ayat Cinta tu tapi yang ni Aisya Zazhleen binti Arshad. Aisya yang seperti ‘malaikat’. Aisya yang sangat baik dan kuat semangat. Dan entri kali ni khas ditujukan buat Aisya yang aku harap dia akan baca suatu hari nanti. Dan aku harap dia tahu aku sayang dia sangat lillahi ta’ala.

Aisya ni kan, aku tak pernah jumpa sahabat sebaik dia. Sentiasa ada di sisi aku bila aku disukai ramai dan bila aku dipulaukan ramai dia tetap ada. Aku ni ada sejenis penyakit allergic kepada ayam dan besi macam kerongsang, jam etc yang adik-beradik dialah. Dan aku kena sapu krim setiap malam sebelum tidur supaya allergic tu tak jadi makin teruk. Aisya ni punyalah caring dan berhati mulia sangat sampaikan hampir tiap malam dia akan sapukan ubat untuk aku kalau aku tertidur ataupun penat tahap tak boleh bukak mata. Dan bila aku sakit demam hatta luka sebab terjatuh pun, dialah antara orang yang akan jaga aku macam mana mak aku jaga aku kat rumah. Tuam kepala, bagi ubat, sapu ubat. Dan dia sangat setia dengan aku mendengar segala masalah dan sama-sama cari penyelesaian untuk aku. Sampai harini pun, bila ada masalah aku akan cerita kat dia (bunyi agak childish di situ) dan Aisya akan dengar dengan redha tanpa rungutan.

Pernah sekali tu, adalah suatu konflik yang berlaku antara aku dan someone tu sampaikan kami kena menghadap guru disiplin masa tu. Dan guru disiplin yang kami panggil ustaz tu kata kat Aisya kalau nak settlekan benda ni cari dan rampas handset budak-budak yang bawak handset kat asrama (waktu ni kitorang dah jadi exco asrama). Dan Aisya dengan sangat baiknya pergi round asrama malam tu dengan sorang lagi exco senior untuk cari handset berkenaan. Aku taktau benda ni dan baru tau beberapa tahun yang lepas (tsk tsk T.T). Dijadikan cerita diorang dapat rampas beberapa handset masa tu dan takdir Allah ada orang yang nampak diorang “buat kerja” malam tu. Mula dari tu, Aisya dan akak senior selalulah jadi mangsa manusia-manusia yang dengki sebab handset kena rampas. Ada sampai baju dia kena rendam dalam kolah, kena baling air dan macam-macam lagi. Dan benda ni pun aku baru tahu beberapa tahun lepas (T.T). Aisya sangat baik serius. Dia tak cerita pun kat aku benda dan dia buat semua tu for the sake of me. Allahu. Moga Allah balas semua perbuatan baik dia. Semoga keluarga sentiasa dilimpahi rezeki dan kebahagiaan dan semoga arwah ayah Aisya tenang di sana dan sentiasa dilapangkan kubur atas sebab kebaikan-kebaikannya dan kebaikan-kebaikan yang Aisya dah buat. Amin (al-Fatihah untuk arwah).

Untuk Aisya,

Mungkin saja kita makin berjauhan dan mungkin saja ada hati yang terguris sepanjang kita bersahabat ni. Tapi ingatlah saya sentiasa sayang awak kerana awak adalah awak. Maafkan segala salah dan pentingkan diri sendiri saya. Semoga awak sentiasa dalam jagaan-Nya.

Salam sayang,

mie.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Lagu Albi Nadak

Kali ni nak sediakan lirik lagu yang kat atas tu. kot-kot lah ada yang berminat ~ Lagu Pertama : Albi Nadak / Fares | Lagu ni lagu Arab. dan Albi Nadak tu maksudnya Seruan Hatiku. Kalau ikut bahasa Arab sebenar, Qalbi Nadak. Albi Nadak tu ialah bahasa dialek | Lirik Arabnya Leek, ana milk leek  ta'ala arrab dommeni, makhtag   eleek, o rokhi feek   ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek   hawak howa el khaya,   wenta elly ana, ba'ashek hawa   kan albi monaah   agmal malak, yekoon ma'ah   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek   wa 'omri fadak   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek   wa 'omri fadak   Eh, akhtag le eh ...

Implikasi Teori Pemerolehan Bahasa

IMPLIKASI TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. Dasawarsa, peranan guru bahasa dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada pelajar sangat dipengaruhi oleh teori pemerolehan bahasa yang menjadi asas pegangannya. Seseorang guru akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid-muridnya. Teori pemerolehan bahasa boleh dibahagikan kepada empat iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalis . Setiap teori pemerolehan bahasa ini mempunyai prinsip dan fokus tersendiri. Hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Jika dikaji dan difahami teori-teori tersebut, sangat jelas dapat dilihat idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan. Teori pemerolehan bahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembe...

Lirik Lagu Warkah Cinta Berbau Syurga

Lagu Ketiga : Lirik Lagu Warkah Cinta Berbau Syurga / UNIC ft IM Nazrul Sebuah jiwa terbentang seluas sahara, Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa, Setiap untai kata yang termaktub sudah Menjadi warkah cinta berbau syurga. Sempadan batinku hampir terbelah, Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa, Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota Cinta dari Syurga Biar beribu parut luka menghiris kalbu, Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar, Sekalipun diriku terbuang di mata insan, Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini. Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu, Bila saat aku pergi…biarlah cintaku tetap di situ. * Selama-lamanya, kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan. Biar beribu parut luka menghiris kalbu, Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar, Sekalipun diriku terbuang di mata insan, Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini. Cintaku ini....