Aku dan asrama di Tahun 4
#secebispengalaman
#secebisperkongsian
Di
Pahang, ada satu program Sekolah Indera Syahbandar (SISP) yang mana program ni
dia menempatkan murid tahun 4 hingga 6 untuk tinggal di asrama dan sekolahnya
bercampur dengan pelajar sekolah menengah. Ada 4 buah sekolah seluruh Pahang
yang terlibat dalam program ni. Dengan kata lain, ada 4 buah SMK Seri yang ada
murid-murid SISP. Macam twin programme
lah jugak. Cuma ni twin programme antara
murid sekolah rendah dengan pelajar sekolah menengah.
Alkisahnya, aku ada 3 orang kakak yang masuk sekolah agama yang sama waktu Tingkatan 1 dan tiga-tiga orang ni duduk asrama. Jadi, aku macam cemburulah tengok diorang ni tiap-tiap miggu mak aku pergi melawat bagi biskut dan sebagainya. Typical budak umur 9 tahun yang tak waras dan tahpape punya pemikiran. Disebabkan rasa cemburu tu, aku pun kata kat mak dan ayah nak apply SISP sebab aku nak duduk asrama. Waktu tu, tahun 2004. Aku pun pergi exam SISP dan dipendekkan cerita lulus dan dapat tawaran belajar kat SISP. Mak dan ayah aku asalnya berkeras dan tak bagi aku pergi sebab risau aku tak mampu duduk asrama. Kecik lagi kut. Budak-budak lagi kan. Tapi aku tetap menangis-menangis nak pergi (over sangat time tu). Dan ayah kata, lepas dah masuk ni kalau taknak duduk asrama ayah takkan bagi pindah. Teruskan je sebab ni adalah pilihan aku sendiri. Aku yang akal tak berapa panjang sangat time tu setuju je sebab nak masuk asrama jugak.
Dan Januari 2015, aku mendafftar masuk SISP, SMK Seri di salah sebuah daripada 4 sekolah kat Pahang tu (tak boleh mention SMK Seri mana. Nanti sekolah aku famous sangat pulak >.<). Mula-mula macam biasalah, dengar ceramah, beli itu ini, dapat nombor bilik, kemas-kemas dan rehat kejap. Perisiwa paling seronok hari pertama ialah setiap orang dari murid Tahun 4 akan dapat sorang akak angkat Tahun 6. Termasuk aku. Akak angkat aku kak Wani nama dia. Dan dia ada sorang kembar. Kakak angkat ni akan bawak kitorang pergi dormitory a.k.a dorm iaitu bilik dan tunjukkan katil. Aku dapat bilik sama dengan kak Wani ni dan katil aku betul-betul bawah katil dia. Kak Wani baik sangat dan dia kind of ganas tapi sopan dan sangat tinggi. Kira boleh jadi pelindung a.k.a bodyguard terbaiklah. Dan peristiwa pertama antara aku dengan kak Wani yang aku tak boleh lupa ialah pasal nama. Waktu berjalan nak pergi dorm tu dia tanyalah nama aku. Macam sesi ice breaking gitulah. Yang comelnya, dia boleh nak panggil aku Amy sebab Amirah macam common sangat dan ramai orang nama Amirah (we – Amirah’s - kind of famous lah kat Malaysia. Mana-mana tempat ada Amirah >.<). Dan aku yang naive ni terima dengan hati terbuka.
Mula-mula semua nampak okay. Tapi disasternya bermula bila kereta Proton Saga ayah aku waktu tu bergerak keluar pintu pagar sekolah untuk balik rumah, aku mulalah buat drama sebabak depan akak angkat aku – menangis tak ingat dunia – dan kak Wanii pujuk dengan bawak aku pergi makan kat dewan makan a.k.a DeMa. Bab makan ribut taufan pun boleh jadi tenang setenang air laut. Maka selepas itu, bermulalah episod menangis bawah selimut, episod bawak kain batik mak kehulur-hilir sampai tertinggal kat kantin, episod main balas-balas surat sebab bergaduh dan macam-macamlah episod anak-anak yang berumur 10 tahun. Kalau aku nak cerita satu-satu, takut takde orang nak baca sebab bakal panjang berjela dan aku takut google akan block blog aku. Nantilah bila-bila aku cerita satu persatu.
Tak sampai seminggu kat situ, aku baru sedar yang aku ni sangat tak waras sebab fikir duduk asrama tu lagi best. Dan aku baru sedar yang aku sepatutnya habiskan masa di pagi Ahad dengan tengok Sailormoon depan tv kat rumah bukan dengan bergotong-royong bersihkan asrama. Aku masih muda lagi kut. Itulah kali pertama aku punya perasaan nak bakar dan bom sekolah sebab kalau sekolah SISP tu tak wujud, tak mungkin aku ada kat situ. Setiap kali aku balik aku akan bagitau ayah aku nak tukar sekolah dan taknak duduk asrama. Dan ayah akan kata, takpe cuba dulu setahun ni. Kalau tak boleh tahun depan kita pindah. Jawapan yang sama sampai aku darjah 6 dan berlanjutan sampai Tingkatan 1 hingga aku Tingkatan 5 pun. Ayah sangat pandai memanipulasi jawapan dia dan mempengaruhi minda aku dengan jawapan-jawapan tu. That’s what we called mindset (haha).
Tapi semua tu merupakan kenangan paling manis dan sangat manis yang sampai sekarang aku tak boleh lupa. Kalau dulu aku menyesal tidur atas katil di dorm tingkat 1 asrama puteri SMK Seri dot dot dot tu, sekarang aku rasa syukur yang amat sebab dari situlah bermulanya kemenjadian seorang aku. Kalau tak, aku pun tak dapat bayang aku di mana sekarang. Mungkin sedang tanam anggur di rumah. Tu pun kalau “tuan punya ladang anggur” nak bagi aku masuk kerja dalam “ladang” dia.

p/s: Mohon abaikan segala broken English dan kesalahan tatabahasa yang berlaku. Akan cuba untuk baiki di kemudian hari. Thankyou.
Comments
Post a Comment