Skip to main content

Posts

Novel - "Cinta"

Bab 8 3 Januari 2011. Awal januari pun tiba menandakan penggal baru persekolahan turut bermula. Setahun berlalu. Banyak juga peristiwa pahit manis yang meninggalkan kesan dalam kehidupanku. Juga kehidupan kami. Eh sekejap, kami ? Ya, kami. Selepas sahaja masing-masing meluahkan rasa hati malam itu, kami menyulam kasih dan rindu. Namun, atas dasar menjaga hati ramai pihak, hubungan kami dirahsiakan. Aku khuatir banyak hati yang akan terluka kelak mengetahui hubungan kami. Juga dia perlu menjaga reputasi dirinya dan titlenya agar tidak disalaherti oleh orang lain. Maka, selama kurang daripada setengah tahun itu, kami berusaha menyembunyikan perhubungan cinta dari siapapun.  Menjelang PMR dan pasca PMR juga kami banyak menghabiskan masa bersama, menyertai program luar bersama dan saling menjaga antara satu sama lain. Cehhh haha. Sehingga ada satu ketika tu, kami terlibat dalam Program Perkampungan Penulisan Sajak di sebuah sekolah bersama beberapa orang rakan lain. Dan di pen
Recent posts

Kapur dan Papan Hitam

Reminiscing old times . Untuk umi yang dirindui dan diingati selalu, Untuk si dia yang mewarnai hidup masa silamku, Untuk sebuah kepercayaan yang diberi oleh masa silam yang mana kepercayaan itu telah membentuk aku yang hari ini, Untuk diri yang sangat positif dan teguh menempuh apa pun cabaran, Terima kasih. Terima kasih masa silam. You build me well. 💕

7 Steps For Making a New Year’s Resolution and Keeping It

by  Annabel Candy Yes, it’s that time of year again. The time of year when we feel as if we have to turn over a new leaf. The time when we misguidedly imagine that the arrival of a new year will magically provide the catalyst, motivation and persistence we need to reinvent ourselves. Traditionally, New Year’s Day is styled as the ideal time to kick start a new phase in your life and the time when you must make your all important new year’s resolution. Unfortunately, the beginning of the year is also one of the worst times to make a major change in your habits because it’s often a relatively stressful time, right in the middle of the party and vacation season. Don’t set yourself up for failure in 2017 by vowing to make huge changes that will be hard to keep. Instead follow these seven steps for successfully making a new year’s resolution you can stick to for good. 1. Just pick one thing If you want to change your life or your lifestyle don’t try to change the whole thin

Novel - "Cinta"

Bab 5             “Cepatlah Atiqah. Bas nak gerak dah tu. Kena tinggal nanti.” Aku menjerit dari luar bilik memanggil Atiqah yang tak keluar-keluar semenjak 10 minit yang lalu. Kami akan ke Bukit Gambang Resort harini bagi menghadiri seminar Jejak Jaya anjuran kerajaan Negeri Pahang selama tiga hari dua malam – Jumaat, Sabtu dan Ahad.             Kami bertiga terpaksa duduk di bahagian belakang dek kerana kelambatan Atiqah bersiap. Aku yang mabuk bas ini sudah gusar kerana bila-bila sahaja aku akan muntah. Namun, perjalanan yang panjang itu dihabiskan dengan tidur sahaja. Makanya, tidaklah pula aku begitu terasa peningnya. Kami sampai tepat jam 11 pagi dan diarahkan untuk menuju ke dewan seminar bagi tujuan taklimat dan pembahagian bilik. Selesai taklimat, kami menuju ke bilik masing-masing untuk berehat. Malam nanti kami akan memulakan slot pertama. Kami memelukan tenaga untuk itu. Aku ditempatkan bersama-sama dengan lapan orang rakan dari sekolahku. Bilik yang seperti apart

Kapur dan Papan Hitam

Me and Thyroid at 21 #secebispengalaman #secebisperkongsian Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Semoga segalanya dalam redha-Nya. Maka, kali ni nak cerita bagaimana Allah takdirkan aku mempunyai sejenis “boyfriend” yang bernama Carbimazole , Propranolol dan Calcium Lactate . Pertengahan Ramadhan 1437H bersamaan dengan Jun, 2016M, Allah uji dengan demam panas yang teramat dan sakit yang tidak surut. Lepas beberapa hari tu, aku terpaksa pergi klinik dek tuntutan kelas dan patching kalau tak hadir kelas. Dan doktor yang checkup tu perasan yang bacaan jantung laju dan doktor refer ke klinik jantung untuk check jantung. Bila check jantung, still bacaan tinggi dan doktor suspek mungkin ada thyroid sebab ciri-cirinya ada. dan doktor suruh ambik darah dan datang semula 2 minggu kemudian which is lepas raya untuk tahu keputusan. After 2 weeks, pergi ambik keputusan darah dan memang disahkan ada thyroid. Thyroid ni sebenarnya sejenis hormone yang ada pada

Novel - "Cinta"

Bab 3             Sudah kukatakan sebelum ini, aku dan sahabatku berdua sangat membencinya – Si Aiman. Maka, aku dan dia memanglah tidak ngam apatah lagi mahu berbaik. Setiap hari-hari ku dipenuhi dengan memarahi dan mencari salahnya. Bergaduh itu biasa. Kebencian ku meluap-luap sehingga satu saat aku tidak mahu melihat mukanya. Namun begitu, tidak pernah pula aku sehingga sanggup meluahkan kata-kata kesat kepadanya. Aku tidak sampai pula tahap memukul malah menyentuhnya saja tidak pernah. Aku juga punya maruah dalam menjaga batas-batasku sebagai seorang wanita muslimah. Cuma bab-bab membencinya sahaja yang aku masih gagal .             Kami – aku, Atiqah dan Zaitun, menjadi kawan baik bersama si Faiz dan Farid berdua. Sehingga dipendekkan cerita, ada satu malam itu, si Faiz meluahkan rasa cinta pada aku melalui kawan-kawannya yang lelaki. Aku menolak. Masakan mahu   terima, aku tiada hati langsung pada dia. Hatiku pada orang lain. Masih kuingat waktu itu, ketika kelas persedi

Novel - "Cinta"

Bab 1             Benarlah kata orang, cinta itu buta. Dari kecil hingga ke besar ini, kerapkali ku dengar hujah berkenaan pernyataan ini. Tidak ku percaya awalnya sehinggalah tiba saat itu. Saat itu. Saat aku jatuh cinta pada si dia yang ku benci sungguh-sungguh. Dan benci sungguh-sugguh itu melawan fitrahnya. Aku sayang dia sungguh-sungguh. Dia yang aku cinta kerana dia adalah dia dan bukan orang lain. Bab 2             09:10. Aku lihat jam berjenama Swatch di tangan kananku. Lalu kulihat pintu masuk kelas 3 Taqwa. Kemudian bola mataku beralih pula ke arah ketua kelas ku, Zainal yang duduk selang semeja di hadapanku. Kelas kekal bising seperti biasa. Almaklumlah , hari pertama persekolahan bagi tahun 2010. Berkajang-kajang kisah cuti sekolah yang ingin dikongsi bersama-sama rakan-rakan.             “ Haih. Lambat pulak cikgu masuk harini.” Atiqah, sahabat baik di sebelahku mendengus. Cukup didengari oleh kami berdua dan seorang lagi sahabatku di sebelah Atiqah iaitu Far