Skip to main content

PKBK 3023 - Contoh RPH Subjek Kemahiran Hiddup Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kelas
: 1 Taufik
Mata Pelajaran
: Kemahiran Hidup
Tarikh
: 17 Ogos 2015 (Isnin)
Masa
: 9.00 pagi – 9.40 pagi
Bilangan Murid
: 4 orang

Bil
Nama
Masalah
Kehadiran
1
Melati binti Abu
Lembam
/
2
Dewi Yusra binti Hanif
Autisme
/
3
Sharifah Ramadhan binti Syed Faisal
Cerebral Palsy
/
4
Yuhanis binti Farid
Hiperaktif
/

Tema
: Masakan
Tajuk
: Menyediakan roti gulung sardin ( Menggoreng roti )
Standard kandungan
: 2. 5 Memasak dengan kaedah yang betul
Standard pelajaran
: 2.5.2 Cara menggoreng
Penggabungjalinan isi kandungan
: 2.3.2 Keselamatan di dapur

Objektif
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:
1.    Menyatakan bahan-bahan yang digunakan untuk menggoreng roti gulung sardin.
2.    Menggoreng roti gulung sardin tanpa bantuan guru bermula daripada menggelek roti sehingga mengangkat roti gulung sardin yang telah siap digoreng daripada kuali.





Pengetahuan sedia ada
: Murid mempunyai pengetahuan mengenai peralatandi dapur.
Perentasan kurikulum
: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sivik, Bahasa          Melayu dan Pendidikan Seni.
Penerapan nilai
: Kerjasama, mendengar arahan, kebersihan, yakin akan diri
Unsur terapi
: Muzik, Pertuturan, Cara kerja, Psikomotor, Kognitif
BBM
: Analisis tugasan, video lagu, roti, telur, minyak masak, garam, penggelek, sudip, kuali, sudu, garfu, pinggan, papan pemotong, inti sardin dan penapis minyak.

LANGKAH
AKTIVITI
FOKUS PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Tayangan video Senaman Si Tommy :
Tangan kiri di depan, ke belakang,
Depan belakang, bersama goyangkan,
Lakukan seperti ini dan berputarlah,
Mudahkan caranya.
Uuuuhhh... ayuh bersama,
Uuuuhhh... bersama-sama,
Uuuuhhh... ayuh bersama,
Pegang lutut tangan di angkat, yai yai ya.
1.    Murid ditayangkan video senaman Si Tommy.
2.    Murid perlu melakukan senaman Si Tommy bersama-sama guru.
3.    Murid dikaitkan tentang senaman Si Tommy dengan apa yang akan dipelajari hari ini.
4.    Murid diberi penerangan secara ringkas mengenai langkah-langkah keselamatan di dapur.
Teknik : Nyanyian sambil melakukan senaman ringan.

Terapi : Muzik

Nilai : Mendengar arahan guru dan mengikut perlakuan guru.

BBB : Video
Langkah 1
(10 minit)
Simulasi Menggoreng Roti Gulung Sardin

1.    Murid diterangkan oleh guru langkah demi langkah mengenai cara untuk menggoreng roti gulung sardin dengan menggunakan analisis tugasan.
2.    Guru melakukan simulasi menggoreng roti gulung sardin.
Teknik: Demonstrasi
Terapi: Pertuturan

Nilai: Mendengar arahan guru dan fokus.

BBB: Analisis tugasan
Langkah 2
(20 minit)
Amali
1.    Murid diminta untuk mengambil apron dan memakainya.
2.    Secara berpasangan, murid dikehendaki  melakukan amali menggoreng roti gulung sardin secara bergilir bermula daripada menggelek roti sehinggalah mengangkat roti gulung sardin yang telah siap digoreng daripada kuali.
3.    Murid perlu meletakkan roti gulung sardin yang telah siap diangkat ke dalam penapis minyak untuk menapis minyak berlebihan.
4.    Murid perlu memindahkan roti gulung sardin ke dalam pinggan.
Terapi: Cara Kerja

Nilai: Mendengar arahan guru, berkerjasama dan yakin akan kebolehan diri.

BBB: Roti, telur, minyak masak, garam, penggelek, sudip, kuali, sudu, garfu, pinggan, papan pemotong, inti sardin dan penapis minyak.
Penutup
(5 minit)
Rumusan
1.    Murid diberi lembaran kerja memadankan gambar dengan kata kerja yang berul.
2.    Murid diminta menerangkan secara ringkas langkah-langkah menggoreng roti gulung sardin.
3.    Guru menerapkan nilai berdikari dalam kehidupan seharian.
Teknik: Soal jawab

Terapi: Pertuturan

Nilai: Mendengar arahan guru

BBB: Lembaran kerja (4 helai)



BAHAN-BAHAN ( beserta gambar )

Minyak masak

Garam

Roti





Telur

Inti sardin
 







ALAT PERKAKAS DAPUR ( beserta gambar )


Penapis minyak

Mangkuk

Papan pemotong

Sudu dan garfu

Sudip

Penggelek

Kuali

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Lagu Albi Nadak

Kali ni nak sediakan lirik lagu yang kat atas tu. kot-kot lah ada yang berminat ~ Lagu Pertama : Albi Nadak / Fares | Lagu ni lagu Arab. dan Albi Nadak tu maksudnya Seruan Hatiku. Kalau ikut bahasa Arab sebenar, Qalbi Nadak. Albi Nadak tu ialah bahasa dialek | Lirik Arabnya Leek, ana milk leek  ta'ala arrab dommeni, makhtag   eleek, o rokhi feek   ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek   hawak howa el khaya,   wenta elly ana, ba'ashek hawa   kan albi monaah   agmal malak, yekoon ma'ah   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek   wa 'omri fadak   yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya   yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya   yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek   we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek   wa 'omri fadak   Eh, akhtag le eh ...

Implikasi Teori Pemerolehan Bahasa

IMPLIKASI TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. Dasawarsa, peranan guru bahasa dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada pelajar sangat dipengaruhi oleh teori pemerolehan bahasa yang menjadi asas pegangannya. Seseorang guru akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid-muridnya. Teori pemerolehan bahasa boleh dibahagikan kepada empat iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionalis . Setiap teori pemerolehan bahasa ini mempunyai prinsip dan fokus tersendiri. Hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Jika dikaji dan difahami teori-teori tersebut, sangat jelas dapat dilihat idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan. Teori pemerolehan bahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembe...

BMMB3073 Penggunaan Bahasa Rojak

Bahasa merupakan alat komunikasi terpenting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Bahasa membolehkan manusia berhubung, melahirkan idea dan meluahkan perasaan. Bahasa merupakan nadi kepada sesuatu bangsa. Penyalahgunaan bahasa boleh memberi kesan kepada perlambangan sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia, isu penggunaan bahasa rojak sering menjadi isu utama yang hangat diperdebatkan. Isu ini seharusnya diatasi dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah. Hal ini kerana, generasi kini merupakan pemimpin negara pada zaman akan datang. Oleh itu, mereka perlulah dididik untuk menggunakan bahasa dengan betul supaya bahasa ibunda rakyat Malaysia tidak pudar ditelan zaman. Bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Menurut Reed, V. A. (1994)  pula, bahasa adalah lambang-lambang yang kita ...