TUGASAN
Menghasilkan penulisan esei bertajuk:
i) Masalah-masalah komunikasi, bahasa dan pertuturan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran.
ii) Cadangkan Intervensi bagi mengatasi
masalah murid dalam
berkomunikasi.
iii) Panjang esei
ialah 1000 patah perkataan.
Penulisan ini hendaklah merujuk kepada sumber
bacaan ilmiah
1.0 Pendahuluan
Pendidikan khas ialah pendidikan yang
disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas. Hallahan dan Kaufmaan (2000),
mendefinisikan pendidikan khas sebagai pengajaran yang direka khas bagi
memenuhi keperluan luar biasa
kanak-kanak yang luar biasa. Murid-murid berkeperluan khas terdiri daripada
golongan yang bermasalah penglihatan, pendengaran, mempunyai masalah dalam
pembelajaran dan pintar cerdas.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
pula ialah mereka yang didefinisikan sebagai bermasalah dalam satu atau lebih
daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama
ada pertuturan atau penulisan. Masalah yang dihadapi oleh mereka mengakibatkan
kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna
(PDKNet, 2015).
Kategori kanak-kanak bermasalah
pembelajaran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Sindrom Down,
autisme ringan, hiperaktif (ADHD), terencat akal minima, kurang upaya dalam
pembelajaran (LD) dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus. Penulisan esei
pada kali ini memfokuskan kepada masalah komunikasi, bahasa dan pertuturan
kanak-kanak berkeperluan khas.
2.0 Masalah-masalah Komunikasi, Bahasa dan Pertuturan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
2.1 Hubungan antara Komunikasi, Bahasa
dan Pertuturan
Rajah 2 Hubungan antara
komunikasi, bahasa dan pertuturan
|
2.2 Masalah komunikasi
Masalah komunikasi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran ialah kanak-kanak ini tidak melibatkan diri dengan aktif dalam
proses komunikasi seperti bertukar maklumat, idea, keperluan dan keinginan. Masalah
komunikasi merupakan penyimpangan daripada pendengaran, pertuturan atau bahasa
normal yang mengganggu komunikasi serta menarik tumpuan negatif terhadap
individu yang mengalaminya dan menyebabkan individu menjadi segan dan kurang
berupaya (Charles Van Viper, 1905-1994 dalam Kementerian Pelajaran Malaysia,
2011).
Komunikasi biasanya melibatkan proses
pemerolehan bahasa reseptif dan ekspresif. Kedua-dua proses ini amat berkaitan
dengan masalah pendengaran dalam komunikasi. Pemerolehan bahasa secara reseptif
ialah kebolehan individu dalam menerima mesej yang disampaikan manakala
pemerolehan bahasa secara ekspresif pula ialah kebolehan individu menyampaikan
mesej. Kanak-kanak autisme merupakan antara kanak-kanak yang mengalami masalah
komunikasi ini. Sekiranya ditanyakan kepada soalan seperti “apa yang sedang
kamu lakukan ?”, mereka akan berdiam diri dan langsung tidak memberikan respon
kepada soalan tersebut. Hal ini jelas menunjukkan mereka mempunyai masalah
komunikasi reseptif dan ekspresif.
Proses
komunikasi berlaku dengan kewujudan empat aspek iaitu penutur mesej, penerima
mesej, hasrat untuk berkomunikasi dan kaedah untuk berkomunikasi. Tanpa salah
satu daripada aspek ini, masalah komunikasi akan berlaku. Masalah komunikasi
boleh dikategorikan seperti berikut:
si
|
2.3 Masalah bahasa
Masalah bahasa terbahagi
kepada masalah bahasa secara saintifik. Masalah bahasa secara saintifik
terbahagi pula kepada masalah bentuk bahasa iaitu daripada aspek fonologi,
morfologi dan sintaksis, masalah penggunaan bahasa iaitu semantik dan masalah
kandungan bahasa iaitu pragmatik.
2.3.1
Bentuk bahasa
Fonologi ialah
sistem bunyi sesuatu bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Setiap unit bunyi tersebut dikenali
sebagai fonem. Fonem ialah unit bunyi linguistik terkecil yang membawa
perbezaan terhadap makna. Contohnya, /a/ dan /u/
merupakan dua fonem yang berbeza yang membawa makna yang berbeza. Jika fonem
/a/ di hujung perkataan /baka/ ditukar dengan fonem /u/, perkataan tersebut
akan menjadi /baku/ dan maknanya amat berbeza. Kanak-kanak down syndrome misalnya mempunyai lidah yang tebal dan pendek. Hal
ini menyebabkan penghasilan bunyi bahasa mereka di tahap yang teruk.
Penghasilan bunyi menjadi tidak jelas dan tidak dapat difahami oleh
pendengar. Hal ini mendatangkan masalah
bahasa seterusnya masalah komunikasi kepada mereka.
Morfologi pula ialah sistem peraturan linguistik yang
mempengaruhi struktur perkataan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Peraturan
morfologi menentukan bagaimana perkataan-perkataan dalam sistem bahasa dibina.
Penggunaan imbuhan termasuk dalam bidang morfologi (Siti Hajar Abdul Aziz,
2011). Contohnya, jika dilihat pada kata dasar main, perkataan ini akan membawa
maksud yang berbeza jika ditambah imbuhan seperti dimainkan dan bermain.
Kanak-kanak autisme misalnya merupakan kanak-kanak yang tidak mampu memahami
perkataan yang panjang strukturnya. Mereka hanya akan dapat menangkap perkataan
yang mudah dan ringkas dan kebiasaannya hanya kata dasar. Apabila frasa kerja
tidak dibina dengan betul seperti main menjadi bermain, bahasa yang disampaikan
tidak tepat dan komunikasi akan menjadi
tidak berkesan.
Sintaksis pula ialah peratuan linguistik yang
mempengaruhi peraturan dan kombinasi perkataan untuk menjadi ayat (Siti Hajar
Abdul Aziz, 2011). Sintaksis menentukan susunan perkataan dalam ayat. Peraturan
struktur ayat dalam bahasa Melayu secara umumnya ialah sesuatu ayat perlu
mempunyai subjek dan predikat bagi menghasilkan ayat yang lengkap. Kanak-kanak
bermasalah pembelajaran terencat akal mempunyai tahap pemikiran kognitif yang
rendah (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2011). Mereka tidak dapat
membina ayat yang lengkap dan tidak dapat memahami ayat yang disampaikan.
Kanak-kanak ini hanya dapat menangkap perkataan yang akhir dan mudah. Mereka
juga tidak mampu menuturkan ayat yang betul dan tepat. Hal ini akan
mendatangkan masalah dalam komunikasi.
2.3.2
Kandungan bahasa
Semantik pula didefinisikan sebagai peraturan yang
menentukan makna perkataan dan kombinasi perkataan (Siti Hajar Abdul Aziz,
2011). Semantik menentukan sesuatu ayat
itu mempunyai maksud yang jelas atau tidak. Binaan ayat yang lengkap dan
bermakna perlu mengandungi kandungan yang bermakna juga. Individu yang luas
pengetahuan dan banyak membaca dapat menghasilkan ayat dengan baik. Kanak-kanak
bermasalah pembelajaran seperti pintar cerdas misalnya, mempunyai tahap Intelligence
Quotient (IQ) yang tinggi dan
melebihi tahap IQ rakan sebayanya. Mereka rajin membaca dan mempunyai pemikiran
yang luar biasa. Tahap bahasa mereka juga tinggi dan penggunaan bahasa yang
tinggi dalam komunikasinya dengan rakan sebaya akan mengakibatkan masalah dalam
komunikasi. Rakan sebayanya juga tidak dapat memahami dan memberikan respon
yang betul terhadap apa yang cuba disampaikan olen kanak-kanak pintar cerdas
ini dan hal ini menyebabkan komunikasi tidak berjaya.
2.3.3
Penggunaan bahasa
Pragmatik ialah peraturan yang menentukan penggunaan
bahasa mengikut situasi yang betul. Peraturan ini termasuklah memberi respon
yang betul terhadap topik yang dibincangkan dan menyampai maklumat dengan
berkesan. Unsur-unsur pragmatik adalah seperti menggunakan mimik muka, gesture badan, body language dan lain-lain aspek non-verbal. Kekurangan dalam penguasaan pragmatik bakal menjejaskan
komunikasi yang berkesan. Hal ini amat penting dalam menambahkan kefahaman
terhadap apa-apa yang disampaikan. Kanak-kanak autisme antara kanak-kanak yang
tidak dapat menggunakan bahasa mengikut situasi yang tepat. Mereka bukaan
sahaja tidak mamppu memberikan respon yang baik malah mereka tidak mengalami
kesukaran dalam berinteraksi dengan individu lain.
2.4 Masalah Pertuturan
Pertuturan ialah perlakuan psikologikal di mana otot-otot
yang terlibat dalam penghasilan pertuturan adalah kombinasi otak untuk
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Pertuturan merupakan suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan
perasaan atau rasa hati ( Kirk,1972 ). Masalah
pertuturan pula ialah masalah dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa menggunakan
alat-alat artikulasi yang terlibat. Terdapat tiga jenis masalah pertuturan
iaitu masalah suara, masalah artikulasi dan masalah kelancaran.
Masalah
suara berkaitan dengan kualiti suara individu. Ia mungkin terlalu lantang,
lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama
dan tidak berubah. Penggunaan nada yang sama dan tidak berubah dalam kalangan
kanak-kanak autisme menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai perasaan. Hal ini
mengakibatkan komunikasi kurang berkesan dan penerima tidak dapat memahami
maklumat yang disampaikan.
Masalah
artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan
yang abnormal sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat, tidak jelas,
sukar difahami atau percakapan tidak
sesuai. Artikulasi melibatkan alat-alat yang
Berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Kanak-kanak down syndrome merupakan kanak-kanak yang
mengalami masalah artikulasi ini. Sesetengah dari mereka mempunyai lidah yang
terlebih saiz yang disebut makroglosia.
Lidah yang besar akan menyekat aliran udara yang mengakibatkan kesukaran
bernafas. Selain itu, ledah yang tebal juga akan menyukarkan penyebutan
huruf-huruf tertentu seperti /c/. Penyebutan yang berbeza akan membawa maksud
yang berbeza.
Masalah
kelancaran pula melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan
kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran
pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut
sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot
tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada
penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Kanak-kanak bermasalah
pembelajaran terencat akal cenderung untuk gagap kerana mereka tidak mempunyai
kosa kata yang banyak dan teragak-agak untuk menuturkan sesuatu.
3.0 Intervensi Bagi Mengatasi Masalah Autisme dalam
Berkomunikasi
Kanak-kanak
autisme ialah mereka yang mempunyai masalah gangguan komunikasi, interaksi
sosial, gangguan deria, pola bermain dan gangguan emosi. Komunikasi mereka
terbantut kerana mereka tidak dapat berhubung dengan baik. Menurut Micahael
Rutter (1979) dalam Kuder (2003), masalah kanak-kanak autisme tidak hanya
menggunakan bahasa pertuturan yang sedikit, sebaliknya bagi kanak-kanak yang
boleh bertutur, bahasa yang mereka gunakan adalah abnormal. Oleh yang demikian,
mereka memerlukan intervensi bagi mengatasi masalah komunikasi mereka ini.
Proses intervensi bagi kanak-kanak autisme boleh dilakukan setelah masalah
dikesan dan berfokus pada tingkah laku dan perubatan.
Intervensi yang pertama
ialah menjalankan ujian kecerdasan ke atas kanak-kanak autistik. Ujian ini
penting bagi memastikan kanak-kanak autistik mendapat kemudahan yang sepatutnya
dalam pendidikan khas. Walaupun kanak-kanak autisme mmempunyai
kemahirantertentu yang tinggi, namun tahap perkembangan mental mereka amat
lewat dan secara umumya tahap kecerdasan mereka antara 35 hingga 50.
Kanak-kanak autistik
mempunyai masalah tingkah laku yang membimbangkan. Bagi melazimkan mereka
dengan tingkah laku yang positif, guru, ibu bapa atau insan yang berkaitan
boleh melaksanakan beberapa strategi pengurusan tingkah laku yang berkesan
seperti memberi mereka ganjaran sekiranya mereka melakukan nilai-nilai murni.
Ganjaran seharusnya berbentuk menarik dan merupakan antara minat kanak-kanak
tersebut. Sebaliknya, jika mereka melakukan perbuatan yang negatif, dendaan
yang ringan dan bertujuan untuk mendidik dapat diambil.
Selain itu, penggunaan Picture Exchange Communication System (PECS)
amat membantu kanak-kanak autisme untuk berkomunikasi dengan baik. Menurut
Hallahan dan Kaufman (2000), PECS memungkinkan individu untuk membuat
permintaan, memilih item-item dan menyatakan perasaan dengan menggunakan
kad-kad gambar sebagai penukaran kepada komunikasi dalam kalangan kanak-kanak.
Intervensi ini menggalakkan murid secara spontan menyatakan kehendak mereka
dengan gambar. Guru berperanan untuk menambah perbendaharaan kata kanak-kanak
dari semasa ke semasa di samping mengajar mereka menyebut ayat ringkas. Program
PECS menggabungkan kaedah tingkahlaku dan teknik pengajaran incidental untuk memperkembangkan
komunikasi sosial kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Hallahan dan Kaufman,
2000).
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya,
kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai masalah dalam komunikasi, bahasa
dan pertuturan mereka. Mereka menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi. Sebagai
seorang bakal guru pendidikan khas, saya berharap agar dapat memberi mereka
dorongan, dokongan dan bantuan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu
bersama-sama memberi sokongan kepada mereka agar tahap rendah diri mereka tidak
terus merudum dan agar mereka dapat hidup seperti manusia lainnya.
Comments
Post a Comment