KENAPA PERLU
TARGET STRAIGHT
A+ UNTUK SPM ?
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t . Segala puji bagi
Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan besar Kekasih
Allah, Nabi Muhammad S.A.W .
Lepas dah masuk asasi ni, barulah terbit kesedaran yang
sebenar-benar sedar dalam diri tentang pentingnya straight
A+ waktu SPM. Saya berbicara tentang straight
A+, bukan tentang straight A+ campur A- sikit, campur A sikit
kat mana-mana subjek. Bukan ye. Hanya tentang A+.
Nampak tak kesungguhan kat situ sampai siap bold + dimerahkan + di italic kan lagi tulisan. Betapa nak
tekankan kat situ kepentingannya.
Keputusan SPM result saya tidaklah sehebat mana sampai dapat
scholarship @ tajaan mana-mana pihak.
Hanya taraf diterima masuk asasi sahaja. Tapi asasi pun actually gempak gila la. Terima kasihla kepada Centre for Foundation Study UiTM kerana memilih saya untuk menyambung generasi asasi di sini. UiTM
benar-benar di hatiku kini. InsyaALLAH.
Sekarang dah bulan Jun dan hampir kepada Julai dalam masa
beberapa hari sahaja yang boleh dikira pakai jari sahaja. Maknanya, UPSR dah
dekat, PMR dah dekat dan SPM dah dekat. Pasal UPSR dan PMR, mungkin lain kali
saya akan sentuh, tapi now nak focus on
SPM sebab saya baru sahaja melepaskan pangkat SPM candidates tak sampai pun setahun lagi. Means, baru je lagi la kan. Apa yang saya nak share kat sini ialah tentang kepentingan untuk mendapatkan straight A+ . Memang adatlah bila kita akan
menghaadapi sesuatu ujian, peperiksaan, cabaran dan yang swaktu dengannya, kita
akan target semua nak dapat excellent.
Semua nak berjaya. Kalau interview
tu, mesti nak lulus. Semua orang akan rasa macam tu sebab kita manusia biasa
yang nalurinya hanya inginkan yang terbaik melainkan kita tak suka perkara tu
atau perkara tu bukan pilihan kita, maka logiklah untuk kita tak berharap apa-apa
dan mendoakan yang negatif untuk keputusannya. Panjang betul mukadimahnya kan Okay lah. Kita
berbalik kepada topik sebenar kita.
Saya nak cerita sikitlah perjalanan hidup saya dan segala
dugaan serta cabarannya sehinggalah saya berjaya bertenang dan menyesuaikan
diri di sini, UiTM Puncak Alam. So,
bila keputusan SPM diumumkan pada 21 Mac 2013, saya dapat 7A2B. Alhamdulillah.
Pada saya, itu merupakan keputusan terbaik yang saya pernah dapat. Saya
bukanlah pelajar MRSM atau SBP atau budak sekolah sains yang keputusannya sentiasa gempak dan
membanggakan. Tapi bagi saya, 7A is very
amazing. Jadi, lepas dah dapat result, semua orang akan berfikir dan mula
merancang mana nak pergi lepas ni. Nak further
study kat mana lepas ni. Cita-cita saya nak jadi Pakar Obstetrik &
Ginekologi (O&G) atau dengan bahasa
yang mudah Pakar Sakit Puan la. A doctor tau. Jangan main-main. Walaupun result 7A je, saya tetap berani
ambil risiko untuk ambil line medic.
Tapi memang itu cita-cita saya sejak kat sekolah lagi. Bukannya lepas dah dapat
result baru terfikir nak jadi doktor. Bukan bukan. Cita-cita tu penting tau.
Sebab kalau tak ada cita-cita dari sekolah lagi, takut kita tersilap langkah
bila buat pilihan untuk sambung belajar. Nanti menyesal pula di kemudian hari. So, kenali minat dan kecenderungan diri
dari sekarang.
Jadi, dalam borang UPU, saya pun isi lah pilihan pertama
Asasi Perubatan UIAM. Kenapa UIAM ? Sebab saya nak belajar bahasa Arab yang
saya dah tinggalkan waktu PMR dulu. UIAM
put a compulsory to study Arabic
tau. So,kepada siapa-siapa
yang nak further study Arabic dan dalam masa yang sama nak ambik course yang
memang minat, pilihlah UIAM. Dan disebabkan saya nak sangat-sangat masuk UIAM,
saya isi 5 kotak pilihan UIAM. Macam-macam course
saya pilih sebab UIAM boleh tukar course waktu taaruf
week. So, macam tak kisahla dapat course
apa pun dulu sebab nanti boleh tukar
. Yang penting dapat UIAM. Pilihan lagi 2 saya isi UPNM dan UM. UPNM tu sebab
ayah kata nanti memang confirm dapat kerjalah bila habis belajar. Bagi meraikan
pilihan ayah, saya isi jela walaupun tak redha sangat sebab UPNM tak ada
O&G. Disebabkan rasa nak belajar Arabic
tu tinggi sangat, jadi saya pun
menyimpan hasrat untuk further study at
Jordan @ Egypt. So,dengan 7A2B, saya apply scholarship MARA. Medic
Jordan dan Ireland. Walaupun syarat medic
straight A. Actually MARA bukan scholarship,
MARA pinjaman sebenarnya. Tapi dia akan kurangkan percent pinjaman kalau CGPA bagus. Kenapa tak apply JPA ? Sebab JPA tak
ada medic dan tak ada Jordan @ Egypt .Dan alhamdulillah, saya berjaya
disenarai panjangkan ( sebab ramai sangat yang dapat ) untuk menghadiri temuduga
MARA, course medic Jordan. Seronok
tak terkatalah kan. Melompat tak ingat dunialah waktu tu. Walaupun hanaya interview je baru kot. Sebab cikgu
kaunselor saya cakap, kalau dah dapat interview
tu, percentage nak dapat scholarship
tu tinggi. Jadi, pada hari yang ditetapkan, saya pun pergilah Bangi untuk interview. Sebenarnya bukan interview pun, jawab test.Saya pun jawab jawab jawab. Habis
masa saya berhenti dan balik rumah. Semua orang berharap dan menunjukkan
keyakinan yang saya akan dapat MARA. Dan saya pun yakin dengan diri saya. Bajet
sungguh kan. Tapi betullah kita kena berfikiran positif dan yakin pada diri
sendiri. Cuma jangan lupa tawakal dan berserah sepenuhnya pada Yang Maha Esa. So, cerita MARA stop dulu sebentar sampai situ.
Result pertama yang
keluar adalah matrikulasi. Matrikulasi ni expert
sikit. Pantas je. Sebab matrikulasi memang kita apply selepas dapat result percubaan
SPM. Sebab tu cepat dapat tahu. Saya
dapat Matrikulasi Melaka. Stail matrikulasi,
dia tempatkan pelajar kebanyakannya satu sekolah. Macam sekolah saya, dalam
separuh yang dapat Matrikulasi Melaka. Mulanya, saya macam nak pergi matrikulasi
sebab ramai kawan-kawan yang dah kenal. Jadi, mesti tak ada masalah nak cari
kawan nanti. Lagipun senang nak belajar dengan orang yang kita kenal. Itulah
pemikiran saya yang sangat singkat pada waktu itu. Tapi saya sabar dulu sebab
MARA masih di hati. Dan sebenarnya saya meletakkan harapan yang tinggi pada
MARA. Cuma rasa bersyukur tetap ada sebab sekurang-kurangnya saya dah mendapat
tempat untuk belajar. Ada je sahabat-sahabat yang tak dapat matrikulasi. Jadi,
bersyukurlah dengan setiap nikmat dan ketentuan.
Sebenarnya, cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor
tidak terkenan di hati mak dan ayah. Mereka nak saya jadi seorang guru. Mungkin
mereka nak saya selalu ada masa untuk mereka nanti. Yela kan, tugas seorang
doktor sangat sibuk sampaikan kalau tak pandai menguruskan masa sebaiknya, diri
sendiri pun mungkin tak terurus. Tapi bagi saya, itulah cabaran. Tapi, mak dan
ayah tak setuju. Alasan mereka, nanti susah nak dapat kerja. Mereka tak tahu
yang seorang medic student memang
akan mendapat tempat kat mana-mana terutama universiti yang ada hospital
sendiri macam UiTM,UKM,USM dan lain-lain. Lagilah confirm dia serap terus masuk hospital dia. Tapi, saya malaslah nak
betah dengan mak dan ayah. Takpelah, raikan jelah pilihan mereka. Saya pun apply KPLSPM @ Program Ijazah Sarjana
Perguruan. Bidang pilihan : TESL dan Bahasa Arab. Kalau berjaya, saya akan
menyambung pelajaran di maktab perguruan. Tapi ini untuk guru sekolah rendah
sahaja. Tapi, yang ni, memang confirm dapat
tempat mengajar setelah tamat belajar dan terus dapat ijazah. Memang heavenlah kan. Mak dan ayah pun happylah sebab saya apply. Alhamdulillah, saya disenaraikan untuk menghadiri sesi
temuduga di Negeri Perlis Indera
Kayangan . Maktab Perguruan Arau, Perlis. Jauh sangat. Dari pantai timur
ke hujung utara. Tapi, mak dan ayah sanggup je nak hantar sebab mereka nak saya
jadi cikgu kan. Okay, fine. Saya
pergi jelah sebab bagi saya, interview je
kot. Padahalnya, waktu dapat interview MARA
tu, macam orang gila dah seronoknya. Konon yakin dapat MARA. Waktu interview tu, saya buatlah betul-betul
sebab apa pun yang kita buat, kena berusaha sehabis mungkin kan dan itu adalah for the sake of mak dan ayah. And for the sake of ‘balas jasa’ punya pasal. Then, interview pun selesai,
dan saya pun berangkat pulang ke Negeri Pahang yang dicintai. Sebenarnya, saya
ada mak saudara yang tinggal kat Perlis, so,
dia berharap sangatlah saya dapat maktab tu, sebab dkat sangat dengan rumah
dia. Dia memang suka kalau ada anak sedara yang duduk dekat dengan dia. Dia
rajin nak bawa pergi pusing satu Perlis dan dia rajin nak tolong tengokkan
anak-anak saudara yang dia sayangi. Dan saya punya the one and only grandmother pun dah siap doa hari-hari moga saya dapat
maktab tu, sebab senang dia nak pergi melawat anak dia kat Perlis tu. In addition, tok memang orang sana. So, senang dia nak ziarah saudara-mara
dia kat sana. Berbeza pula dengan saya, saya mengharapkan supaya saya tak dapat
maktab tu sebab fokus saya pada medic dan
MARA. Kira dah tahap 100% punya yakinlah dapat MARA. Bajet gila kan. Tapi,
seperti yang saya katakan tadi, kita kena yakin dengan diri sendiri.
Then, saat yang
ditunggu pun tiba. Keputusan UPU keluar. Saya tak dapat apa yang diimpikan.
Saya tak dapat tawaran ke UIAM. Tapi, saya dapat apa yang saya tak mohon pun
dalam pilihan iaitu Asasi Sains UiTM. Rasa sedih sangat-sangat. Hampir melelaeh
jugalah air mata tu. Tapi, ditabahkan hati kerana Allah Lebih Tahu. Dan sekali
lagi saya ingatkan diri untuk bersyukur kerana ada sahabat saya yang tak dapat
tawaran mana-mana universiti. Pada saat itu, saya dah berkira-kira untuk pergi matrikulasi, tapi, bila saya
tanya guru-guru , mereka kata asasi lebih baik dalam beberapa perkara. Jadi,
saya teguhkan tekad, asasi pilihanku. Walaupun bukan UIAM. Takpelah, ijazah
nanti boleh sambung UIAM. Tapi, hati saya masih kuat mengatakan “ aku akan
dapat MARA. ” Dengan yakinnya. Dan saya
pun kata pada mak dan ayah, tunggu MARA dululah.
Keputusan interview MARA
ni macam ada masalah sikit untuk dikeluarkan sebab asyik tangguh, tangguh dan
tangguh. Saya menanti dengan sabar dan harapan yang tinggi. Akhirnya, tarikh
yang dinanti pun tiba, 20 Jun kalau tak silap. MARA pun mengeluarkan senarai
pelajar yang berjaya. Berdebar-debar nak check.
Lebih dahsyat dari debaran menghadapi interview
maktab yang fully in English hari
tu. Innalillah wainna ilaihi raajiuun, saya tak berjaya. Allah tak takdirkan
rezeki di situ.Saya redha. Tapi, jauh di dalam, hati ni hanya Allah Yang Tahu
btapa sakit macam disiat-siat. Sakitnya lagi dahsyat dari rasa sakit orang
putus cinta. Macam tulah lebih kurang perumpamaannya. Dahsyat kan ? Kenapa saya
kecewa sangat ? Sebab, mak dan ayah kata, kalau dapat maktab, ayah compulsorykan untuk pergi. Kecuali kalau
saya dapat MARA. A few days later, umikha
( my biology teacher that I called umi
and I mean it ), bagitau yang MARA boleh buat rayuan sebab ada ex-student umi punya member dapat scholarship MARA melalui tiket rayuan. Dan saya pun mencuba nasib
dengan bantuan umi dan tanpa pengetahuan mak dan ayah. Saya hantar surat rayuan
berserta resume kepada pihak MARA.
Dan, saya berharap lagi pada MARA, Cuma tidak terlalu tinggi.
Dan seterusnya saya
teguhkan tekad untuk mendaki puncak asasi UiTM. Persiapan sebagai budak asasi
pun dilakukan. Dengan pergi YP, Bank Islam, medical
checkup dan banyak tempat lagilah. Semua saya lakukan tanpa perasaaan sebab
hati masih ada pada MARA dan sedikit kerisauan pada maktab.Persiapan
biasa-biasa sahaja sebab mak dan ayah sangat yakin saya akan dapat maktab.
Mereka kata, nanti nak pindah jugak. Tak payah bawak banyak baranglah. Okay, saya patuh sebab saya nak jadi
anak solehah. Dan pada waktu itu, saya redha walau di mana pun takdir saya
selepas itu.
2 minggu di Puncak Alam, semuanya macam biasa, Cuma saya
tiba-tiba rasa macam nak sangat pergi maktab. Tiba-tiba hati beralih arah. Bila
keputusan keluar pada 17 Jun, saya tak dapat. Hancur luluh hati saya. Dan saya
demam waktu tu. Saya rasa macam saya dah kecewakan harapan mak dan ayah. Dan
seperti yang saya katakana tadi, ini adalah for
the sake of ‘balas jasa’. Tapi,
ayah kata, takpe, bukan rezeki. Dan MARA pun diam tanpa kata. Dan dengan diam
itu, saya anggap saya tidak berjaya. Sebab pelajar MARA yang dapat tajaan MARA,
dah daftar pun 29 Jun. Classmate saya
kat asasi ni ada yang dapat MARA second
wave punya. Dan dia dah berangkat keluar pun.
Dan kini, saya berada di UiTM Puncak Alam, bergelumang
dengan biologi, kimia, fizik, matematik, tasawwur dan English. Saya sudah merasa ketenangan untuk belajar sebab saya
yakin Allah akan bagi apa yang saya nak suatu hari nanti. InsyaAllah. Yang
penting usaha dan tidak berputus asa. Allah Tahu apa yang kita perlukan
sekarang dan apa yang kita tidak perlukan buat masa ini. Jadi, bersabarlah dan
redha dengan ketentuan-Nya.
Apa yang ingin saya highlightkan
kat sini, kalau kita nak capai apa yang kita inginkan, kalau kita nak masuk
universiti yang kita idamkan, kalau kita nak dapat scholarship yang kita mimipikan, berusahalah untuk mendapat
keputusan terbaik. Straight A+. Ramai sekarang ni
yang dapat semua A, tapi tak ke mana juga. MARA pun tak berapa nak pandang sangat.
Apa yang mereka cari, straight A+.
Zaman sekarang, semua A bersepah. Keutamaan diberikan pada yang benar-benar
cemerlang. Tapi, pastikan niat betul
kerana Allah. Nak berjaya kerana mudah nanti nak membela agama Allah. Nak
berjaya kerana nak balas jasa mak dan ayah. Pastikan niat ikhlas kerana Allah. Ambillah
pengajaran dari apa yang saya kongsikan. Pengalaman mendewasakan kita. Kalau
takut untuk kecewa, jangan menuju ke arah kekecewaan.
Cukuplah setakat di sini dahulu. Yang baik datangnya dari Allah,
dan segala kelemahan datang diri saya sendiri. Semoga berjaya memperoleh
kejayaan. InsyaAllah. Allahumma najjahna fiddunya wal akhirat. Rabbi yassir
wala tu’assir.
Ini kisah dulu. Seriously, Allah takdirkan yg terbaik untuk kita. Just have faith.
ReplyDelete