Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Kapur dan Papan Hitam

Penolong-ketua-kelas-volunteer #secebispengalaman #secabisperkongsian Kenapa tajuk macamtu (haha) ? Next entri ni nak share pengalaman aku waktu Tingkatan 1 di sekolah yang sama (kalau korang baca entri Kapur dan Papan Hitam sebelum ni korang tahulah sekolah mana). Perkongsian ini akan jadi back forth back forth ikut mood jadi layankan ajelah (its mine so who care kan). Back to the main point lah kan, waktu aku Tingkatan 1, aku dapat masuk kelas aliran Arab which means kelas first yang mana time tu sedih sangat tapi sekarang syukur sangat (typical me, sesal dahulu syukur kemudian >.<). Bila hari-hari pertama sesi persekolahan biasalah guru kelas akan masuk dan tanya siapa nak jadi ketua kelas, siapa nak jadi penolong etc. Dan time tu guru kelas kami cikgu lelaki yang selalunya dikenali dengan make it easy. Dia jenis malas nak fikir banyak dan malas nak beria undi-undi semua. Aku yang jahat masa tu plan nak kenakan kawan aku sorang ni. Hanna nama dia (anggaplah buka...

Kapur dan Papan Hitam

Aku dan asrama di Tahun 4 #secebispengalaman #secebisperkongsian Di Pahang, ada satu program Sekolah Indera Syahbandar (SISP) yang mana program ni dia menempatkan murid tahun 4 hingga 6 untuk tinggal di asrama dan sekolahnya bercampur dengan pelajar sekolah menengah. Ada 4 buah sekolah seluruh Pahang yang terlibat dalam program ni. Dengan kata lain, ada 4 buah SMK Seri yang ada murid-murid SISP. Macam twin programme lah jugak. Cuma ni twin programme antara murid sekolah rendah dengan pelajar sekolah menengah. Alkisahnya, aku ada 3 orang kakak yang masuk sekolah agama yang sama waktu Tingkatan 1 dan tiga-tiga orang ni duduk asrama. Jadi, aku macam cemburulah tengok diorang ni tiap-tiap miggu mak aku pergi melawat bagi biskut dan sebagainya. Typical budak umur 9 tahun yang tak waras dan tahpape punya pemikiran. Disebabkan rasa cemburu tu, aku pun kata kat mak dan ayah nak apply SISP sebab aku nak duduk asrama. Waktu tu, tahun 2004. Aku pun pergi exam SISP dan dipendekkan ce...

PKUK 3013

TUGASAN  Menghasilkan penulisan esei bertajuk: i) Masalah-masalah  komunikasi, bahasa dan pertuturan  kanak-kanak bermasalah    pembelajaran. ii) Cadangkan Intervensi bagi mengatasi masalah murid   dalam berkomunikasi. iii)  Panjang esei ialah 1000 patah perkataan. Penulisan ini hendaklah merujuk kepada sumber bacaan  ilmiah  1.0 Pendahuluan Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas. Hallahan dan Kaufmaan (2000), mendefinisikan pendidikan khas sebagai pengajaran yang direka khas bagi memenuhi keperluan  luar biasa kanak-kanak yang luar biasa. Murid-murid berkeperluan khas terdiri daripada golongan yang bermasalah penglihatan, pendengaran, mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran pula ialah mereka yang didefinisikan sebagai bermasalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi meliba...

PKBK 3023 - Contoh RPH Subjek Kemahiran Hiddup Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN Kelas : 1 Taufik Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Tarikh : 17 Ogos 2015 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 9.40 pagi Bilangan Murid : 4 orang Bil Nama Masalah Kehadiran 1 Melati binti Abu Lembam / 2 Dewi Yusra binti Hanif Autisme / 3 Sharifah Ramadhan binti Syed Faisal Cerebral Palsy / 4 Yuhanis binti Farid Hiperaktif / Tema : Masakan Tajuk : Menyediakan roti gulung sardin ( Menggoreng roti ) Standard kandungan : 2. 5 Memasak dengan kaedah yang betul Standard pelajaran : 2.5.2 Cara menggoreng Penggabungjalinan isi kandungan : 2.3.2 Keselamatan di dapur Objektif Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat: 1.     Men...