Bab 3 Sudah kukatakan sebelum ini, aku dan sahabatku berdua sangat membencinya – Si Aiman. Maka, aku dan dia memanglah tidak ngam apatah lagi mahu berbaik. Setiap hari-hari ku dipenuhi dengan memarahi dan mencari salahnya. Bergaduh itu biasa. Kebencian ku meluap-luap sehingga satu saat aku tidak mahu melihat mukanya. Namun begitu, tidak pernah pula aku sehingga sanggup meluahkan kata-kata kesat kepadanya. Aku tidak sampai pula tahap memukul malah menyentuhnya saja tidak pernah. Aku juga punya maruah dalam menjaga batas-batasku sebagai seorang wanita muslimah. Cuma bab-bab membencinya sahaja yang aku masih gagal . Kami – aku, Atiqah dan Zaitun, menjadi kawan baik bersama si Faiz dan Farid berdua. Sehingga dipendekkan cerita, ada satu malam itu, si Faiz meluahkan rasa cinta pada aku melalui kawan-kawannya yang lelaki. Aku menolak. Masakan mahu ...
"First rule in human business: Never assume. Ask." - Hlovate