Skip to main content

Novel - "Cinta"


Bab 5

            “Cepatlah Atiqah. Bas nak gerak dah tu. Kena tinggal nanti.”
Aku menjerit dari luar bilik memanggil Atiqah yang tak keluar-keluar semenjak 10 minit yang lalu. Kami akan ke Bukit Gambang Resort harini bagi menghadiri seminar Jejak Jaya anjuran kerajaan Negeri Pahang selama tiga hari dua malam – Jumaat, Sabtu dan Ahad.
            Kami bertiga terpaksa duduk di bahagian belakang dek kerana kelambatan Atiqah bersiap. Aku yang mabuk bas ini sudah gusar kerana bila-bila sahaja aku akan muntah. Namun, perjalanan yang panjang itu dihabiskan dengan tidur sahaja. Makanya, tidaklah pula aku begitu terasa peningnya. Kami sampai tepat jam 11 pagi dan diarahkan untuk menuju ke dewan seminar bagi tujuan taklimat dan pembahagian bilik. Selesai taklimat, kami menuju ke bilik masing-masing untuk berehat. Malam nanti kami akan memulakan slot pertama. Kami memelukan tenaga untuk itu. Aku ditempatkan bersama-sama dengan lapan orang rakan dari sekolahku. Bilik yang seperti apartmen itu mempunyai dua bilik berasingan di dalamnya, sebuah pantri, sebuah balkoni dan ruang tamu. Setiap bilik mempunyai bilik mandi. Perasaan gembira terbit dalam hati. Dapat juga kami melarikan diri daripada kesibukan di asrama. Bak kata orang, menyelam sambil minum air. Sambil menghadiri seminar sambil kami bercuti. Ku kira tiga hari ini akan jadi kenangan terindah buatku.
            Malam itu, seperti biasa kami diberikan taklimat keseluruhan program dan diperkenalkan dengan fasiliator-fasilitator serta diberikan jadual. Setelah slot pertama bermula. Hari Sabtu, slot kami bermula seawal pagi. Segala program menarik dan berjalan lancar sehinggalah kejadian malam itu.


Bab 6
            “Kaulah pergi. Kau, Azra dan Aiman.”
Kedengaran seseorang yang tidak aku pasti siapa menjerit dari belakang. Malam Ahad itu, kami sepatutnya mengadakan malam kebudayaan. Namun atas sebab-sebab tertentu, pihak penganjur menggantikannya dengan kuiz sahaja. Dan setiap sekolah perlu menghantar wakil sebanyak tiga orang untuk menyertai kuiz tersebut. Hadiah juga ada disediakan. Makanya, atas kata sepakat semua, aku, Azra dan Aiman terpilih untuk menjadi wakil. Kami bertiga mengambil tempat di barisan hadapan. Aiman duduk paling tepi, kemudian Azra dan aku. Aku tahu. Azra itu suka akan Aiman. Jadi aku hanya biarkan mereka berbual sesama mereka.
Aku cemburu? Tidak mungkinlah. Aku sekadar rasa tidak selesa kerana aku seperti mati kutu tidak tahu hendak berbuat apa sementara menunggu kuiz bermula. Tapi aku tiba-tiba terperasan Si Aiman mengesat-ngesat hidung dan berpeluk tubuh. Kelihatan muka dia merah padam. Sebagai seorang kawan yang baik (ku kira), aku bertanya kepadanya adakah dia sihat. Kalau tidak, kami perlu menggantikannya supaya dia boleh berehat.
            “Aku okay lagi ni. Boleh lagi bertahan. Cuma sejuk dan selesema sikit je.”
Kata dia. Aku yang kebetulan membawa sweater  pada malam itu kerana takut kesejukan, memberi sweater PLKN ku kepadanya supaya dia rasa lebih selesa. Pada waktu  itu, aku tidak tahu mengapa aku memberikan sweater itu sedangkan kami masih mengisytiharkan perang dingin. Mungkin atas rasa prihatin.
Dan kuiz pun bermula. Kami mendapat tempat tempat pertama secara kesuluruhan. Dan program selesai malam itu. Kami diberi peluang untuk melakukan aktiviti bebas. Malam itu, kami masing-masing melawat bilik rakan lain yang lelaki mahupun perempuan. Dan turun ke lobi untuk melihat yang lelaki bermain tenis. Tiada lain yang menarik perhatian aku malam itu, selain Si Aiman yang sedang bermain tenis bersama-sama sweater ku. Tiba-tiba macam ada satu perasaan meresap dalam diri. Aku cepat-cepat berfikir positif dan terus beredar pulang ke bilik kerana jam sudah hampir 12 malam.
***
“Nah, sweater kau. Maaflah, aku tak basuh pun.”
Aku menyambut huluran Aiman.
            “Takpe, nanti aku basuh sendiri.”
Tanpa perasaan aku balas. Aku meneliti tanpa sedar sweater tersebut. Manalah tahu kalau-kalau ada tercarik atau koyak di mana-mana. Tanpa sedar aku mencium pula bau sweater di tangan ku itu. Dan perasaan itu meresap lagi.
            “Hmmm. Wanginya.”
Kata hati.
Bab 7
Ogos 28, 2010
            Sebenarnya, semenjak peristiwa si Aiman membawa pelajar lelaki Tingkatan 1 – adik angkat aku – ke kelas, aku mula berbalas mesej dengannya setiap kali kami pulang ke rumah. Asalnya dia kononnya hanya nak beri aku nombor Ashraf tetapi kesudahannya berbeza pula.
            “Kau kenapa tak suka Faiz ? Tak baik hampakan dia macamtu.” Jerit telefon bimbit Nokia 3310 tanda mesej baru masuk.Oh, dari si dia, senyum hati.
            “Aku suka orang lain.” balasku pendek.
            “Kau suka siapa ?”
Saat itu hati memutar pelbagai soalan. Perlu ke aku jawab soalan dia ? Bagaimana jika aku hanya bertepuk sebelah tangan ? Pasti aku takkan mampu menghadap mukanya lagi. Bagaimana jika aku biarkan sahaja pertanyaan itu berlalu pergi ? Kira aci tak ?
            “Mana boleh bagitau kau macamtu aje. Kau bagitau dulu kau suka siapa, baru aku bagitau.” Jawapan selamat.
Seminit.
Dua minit.
Lima minit.
Tiada balasan.
Dan tinggg ! tanda mesej masuk.
            “Aku suka kau.” Pendek dan ringkas tapi berjaya memaksaku dengan rela untuk membaca ayat tersebut hampir 10 kali. Ni serius ke main-main ni ?
Dan hati pun menyanyi lagu cinta memendam rindu meluah rasa.


Bab 8
Januari 3, 2011


Comments

  1. You have made your points in a smart way. I am impressed with how interesting you have been able to present this content. Thanks for sharing nice information. Do support us.
    topiramate
    Clozapine
    Methotrexate

    ReplyDelete

Post a Comment