Skip to main content

Novel - "Cinta"


Bab 1
            Benarlah kata orang, cinta itu buta. Dari kecil hingga ke besar ini, kerapkali ku dengar hujah berkenaan pernyataan ini. Tidak ku percaya awalnya sehinggalah tiba saat itu. Saat itu. Saat aku jatuh cinta pada si dia yang ku benci sungguh-sungguh. Dan benci sungguh-sugguh itu melawan fitrahnya. Aku sayang dia sungguh-sungguh. Dia yang aku cinta kerana dia adalah dia dan bukan orang lain.

Bab 2
            09:10. Aku lihat jam berjenama Swatch di tangan kananku. Lalu kulihat pintu masuk kelas 3 Taqwa. Kemudian bola mataku beralih pula ke arah ketua kelas ku, Zainal yang duduk selang semeja di hadapanku. Kelas kekal bising seperti biasa. Almaklumlah, hari pertama persekolahan bagi tahun 2010. Berkajang-kajang kisah cuti sekolah yang ingin dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
            “ Haih. Lambat pulak cikgu masuk harini.”
Atiqah, sahabat baik di sebelahku mendengus. Cukup didengari oleh kami berdua dan seorang lagi sahabatku di sebelah Atiqah iaitu Farhah. Debaran menunggu guru subjek Bahasa Melayu bagi tahun ini semakin terasa. Risau sekiranya kami mendapat guru yang garang. Masakan tidak, subjek ini merupakan subjek wajib lulus bagi Penilaian Menengah Rendah. Jika gurunya garang, susahlah untuk kami fokus dalam kelas nanti.
            Tiba-tiba kelas sunyi sepi. Aku lihat di pintu kelihatan Ustaz Azhar sedang berdiri megah bersama-sama guru subjek Bahasa Melayu kelas kami, Puan Rozana. Aku dan dua sahabatku yang lain berpandangan sambil tersenyum. Puan Rozana bakal mengajar subjek Bahasa Melayu. Hati melonjak kegembiraan. Puan Rozana guru Bahasa Melayu paling best bagi kami. Bibir terus melakar senyum lebar.
            Ustaz Azhar memecah kesunyian dengan menyebut nama tiga orang kawan sekelasku.
            “Hizzat, Abdullah dan Akid, sila tampil ke hadapan.”
            “Untuk pengetahuan semua, kami para guru telah berbincang untuk menukar tiga orang pelajar ini ke kelas 3 Iman dan tiga orang pelajar dari kelas 3 Iman akan berpindah ke sini.”
 Kelas riuh seketika. Pelik dan hairan kami. Kedengaran soalan “Mengapa ?” di segenap ruang kelas. Sehinggalah Ustaz merasionalkan kami, kelas kembali tenang.
            Tiga orang sahabat kami perlu bertukar kelas kembali ke tempat duduk masing-masing dan mula mengemas barang-barang peribadi mereka. Ustaz Azhar kelihatan melangkah keluar dari kelas. Mungkin ke kelas sebelah barangkali. Detikku dalam hati. Tak sampai sepuluh minit, ustaz kembali tetapi tidak berseorangan. Kami lihat ada tiga orang jejaka idaman malaya  bersama ustaz. Faiz, Aiman dan Farid akur di belakang ustaz.
Diorang bertiga tukar ke kelas kita ?”  
Atiqah menjeling ke arahku. Aku hanya diam. Speechless. Kenapa mesti mereka ? Okaylah. Sebenarnya kenapa mesti dia ? Si Aiman tu. Perasaan jengkel membuak-buak dalam hati kami bertiga, aku, Atiqah dan Zaitun. Kalian mesti nak tahu bukan, mengapa kami menambah dosa membenci orang ? Mari aku ceritakan tentang kami, mereka dan kelas Tingkatan 3.
Kami - Aku, Atiqah dan Zaitun
            Kami orang biasa-biasa sahaja. tetapi bolehlah nak dikatakan terkenal juga. Aku, Exco Disiplin (merangkap pengawas sekolah), Asrama Puteri (ASPURI), SMK Sri Permaisuri. Atiqah, Exco Sukan (merangkap pengawas sekolah), Asrama Puteri (ASPURI), SMK Sri Permaisuri. Zaitun, pengawas sekolah, SMK Sri Permaisuri. Tahun ini, 2010, kami akan menduduki peperiksaan terbesar abad ini iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR).
            Walaupun kami memegang taklifan yang berbeza, namun masih ada persamaan antara kami dan yang paling ketara, kami benci sungguh-sungguh dia iaitu Muhammad Aiman bin Anuar.
Mereka – Faiz, Aiman dan Farid
Faiz atau nama penuhnya, Mohd Faiz bin Abu. Faiz ini biasa-biasa sahaja. Pengawas sekolah dan Exco Asrama Putera (ASPURA). Tetapi terkenal juga kerana dia sangat comel (menurut kata orang). Aku mengaku juga. Dan Faiz budiman orangnya. Disenangi ramai dan kami juga. Maka, Faiz tiada masalah.
Aiman atau nama penuhnya Muhammad Aiman bin Anuar. Pengawas sekolah, exco ASPURA, olahragawan sekolah, pelajar terbaik abad ini, mahir segala bidang, boleh dikira orang yang alim binti warak, jejaka idaman malaya abad ini dan sangat “diminati” guru dan pelajar perempuan juga. Sangat terkenal dalam kalangan pelajar sekolah kami. Sebut sahaja Muhammad Aiman, kalau tak kenal tu bukan sekolah SMK Sri Permaisuri lah. Tetapi, sikapnya pada kami sangat sombong (sebelum aku kenal dia *batuk sendiri*). Di saat semua kaum Hawa memujanya, kami malah mengutuknya pula. Sehingga ada yang melabel kami tidak normal kerana tidak terpengaruh akan “kesempurnaan”nya. Tidak pula kami peduli dan hairan kerana kami menjadi kami sendiri. Dan kerana sikapnya itu, kami membencinya yang tidak bersalah (dah sayang boleh lah berkata begini *batuk lagi*) daripada kami menjadi budak hingusan di tahun 2005 sehingga tahun 2010 ini.
Farid atau nama penuhnya Farid bin Ismail. Pengawas sekolah juga. Biasa-biasa sahaja kerana aku tidak berapa mengenalinya. Tetapi mempunyai ciri-ciri jejaka idaman Malaya dan mungkin sudah berpunya.
Kelas Tingkatan 3, SMK Sri Permaisuri
            Kelas Tingkatan 3 hanya ada empat. Dua kelas aliran agama iaitu yang mengambil subjek Bahasa Arab dan dua kelas yang tidak mengambil Bahasa Arab. Kelas pertama, Taqwa, kelas kedua, Iman, kelas ketiga, Hidayah dan kelas keempat, Ihsan.
Sekolah kami terdiri daripada pelajar yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Sekolah berasrama penuh dan telah dinobatkan sebagai sekolah kluster. Sekolah kami sama seperti sekolah agama biarpun tiada alphabet A (Agama) pada nama sekolah. Sekolah kami juga tak ramai pelajarnya. Hanya dalam anggaran 500 tidak lebih. Namun, kami gembira biarpun berada dalam komuniti yang kecil.
***
            Aku, Atiqah dan Zaitun berebut mahu Faiz yang duduk di hadapan kami. Mengapa ? Sudah aku ceritakan tadi bukan. Antara ketiga-tiganya, Faizlah yang paling berbudi bahasa. Oh, mengapa di hadapan kami ? Kerana tiga orang pelajar kelas kami yang perlu berpindah kelas itu, tempat duduknya di hadapan kami. Maka, ruang lompong itu akan diisi oleh mereka bertiga pula. Aku ketika itu, berdoa sungguh supaya bukan si Aiman itu yang mengambil tempat di hadapanku. Aku kira begitu juga dua sahabatku. Dapatkah kalian lihat betapa kami membencinya ? Ya, kami memang sangat berdosa dengan si dia. Nanti kami mohon maaf sebelum peperiksaan ye.
            Dalam saat kami bertengkar lidah (semestinya secara perlahan), mereka bertiga melangkah masuk ke dalam kelas 3 Taqwa dan mengisi ruang-ruang yang lompong. Dan akhirnya, Faiz yang baik hati itu mengambil tempat di bahagian tengah iaitu di hadapan Atiqah. Farid pula mengambil tempat di hadapan Zaitun dan semestinya si Aiman itu mengambil tempat di hadapanku. Betapa aku saat itu mengeluh panjang dan ku sangka dia mungkin mendengar keluhanku. Dan sahabatku berdua memandangku sambil riak muka mereka berkata,
“Bersabarlah. Ini semua akan berakhir.”
Dan saat itu, Puan Rozana sedang memberi salam dan menyuruh kami memperkenalkan diri setelah dia berbuat hal yang sama. Aku ? Sedang redha dan pasrah.

Comments

  1. You have made your points in a smart way. I am impressed with how interesting you have been able to present this content. Thanks for sharing nice information. Do support us.
    Pitofenone Hydrochloride
    Tiemonium Methylsulphate

    ReplyDelete
  2. You have made your points in a smart way. I am impressed with how interesting you have been able to present this content. Thanks for sharing nice information. Do support us.
    topiramate
    Clozapine
    Methotrexate

    ReplyDelete
  3. Thanks for the useful information. Kindly do visit our website for our latest project.
    Nepafenac

    ReplyDelete

Post a Comment