Bab 1
Benarlah
kata orang, cinta itu buta. Dari kecil hingga ke besar ini, kerapkali ku dengar
hujah berkenaan pernyataan ini. Tidak ku percaya awalnya sehinggalah tiba saat
itu. Saat itu. Saat aku jatuh cinta pada si dia yang ku benci sungguh-sungguh. Dan
benci sungguh-sugguh itu melawan fitrahnya. Aku sayang dia sungguh-sungguh. Dia
yang aku cinta kerana dia adalah dia dan bukan orang lain.
Bab 2
09:10. Aku
lihat jam berjenama Swatch di tangan kananku. Lalu kulihat pintu masuk kelas 3 Taqwa.
Kemudian bola mataku beralih pula ke arah ketua kelas ku, Zainal yang duduk
selang semeja di hadapanku. Kelas kekal bising seperti biasa. Almaklumlah, hari pertama persekolahan
bagi tahun 2010. Berkajang-kajang kisah cuti sekolah yang ingin dikongsi
bersama-sama rakan-rakan.
“
Haih. Lambat pulak cikgu masuk harini.”
Atiqah, sahabat baik di sebelahku mendengus.
Cukup didengari oleh kami berdua dan seorang lagi sahabatku di sebelah Atiqah
iaitu Farhah. Debaran menunggu guru subjek Bahasa Melayu bagi tahun ini semakin
terasa. Risau sekiranya kami mendapat guru yang garang. Masakan tidak, subjek
ini merupakan subjek wajib lulus bagi Penilaian Menengah Rendah. Jika gurunya
garang, susahlah untuk kami fokus dalam kelas nanti.
Tiba-tiba
kelas sunyi sepi. Aku lihat di pintu kelihatan Ustaz Azhar sedang berdiri megah
bersama-sama guru subjek Bahasa Melayu kelas kami, Puan Rozana. Aku dan dua
sahabatku yang lain berpandangan sambil tersenyum. Puan Rozana bakal mengajar
subjek Bahasa Melayu. Hati melonjak kegembiraan. Puan Rozana guru Bahasa Melayu
paling best bagi kami. Bibir terus
melakar senyum lebar.
Ustaz
Azhar memecah kesunyian dengan menyebut nama tiga orang kawan sekelasku.
“Hizzat,
Abdullah dan Akid, sila tampil ke hadapan.”
“Untuk
pengetahuan semua, kami para guru telah berbincang untuk menukar tiga orang
pelajar ini ke kelas 3 Iman dan tiga orang pelajar dari kelas 3 Iman akan
berpindah ke sini.”
Kelas
riuh seketika. Pelik dan hairan kami. Kedengaran soalan “Mengapa ?” di segenap
ruang kelas. Sehinggalah Ustaz merasionalkan kami, kelas kembali tenang.
Tiga
orang sahabat kami perlu bertukar kelas kembali ke tempat duduk masing-masing
dan mula mengemas barang-barang peribadi mereka. Ustaz Azhar kelihatan
melangkah keluar dari kelas. Mungkin ke kelas sebelah barangkali. Detikku dalam
hati. Tak sampai sepuluh minit, ustaz kembali tetapi tidak berseorangan. Kami
lihat ada tiga orang jejaka idaman malaya
bersama ustaz. Faiz, Aiman dan Farid akur di belakang ustaz.
“Diorang bertiga tukar ke kelas kita ?”
Atiqah menjeling ke arahku. Aku hanya diam. Speechless. Kenapa mesti mereka ?
Okaylah. Sebenarnya kenapa mesti dia ? Si Aiman tu. Perasaan jengkel
membuak-buak dalam hati kami bertiga, aku, Atiqah dan Zaitun. Kalian mesti nak
tahu bukan, mengapa kami menambah dosa membenci orang ? Mari aku ceritakan
tentang kami, mereka dan kelas Tingkatan 3.
Kami - Aku, Atiqah dan Zaitun
Kami
orang biasa-biasa sahaja. tetapi bolehlah nak dikatakan terkenal juga. Aku,
Exco Disiplin (merangkap pengawas sekolah), Asrama Puteri (ASPURI), SMK Sri
Permaisuri. Atiqah, Exco Sukan (merangkap pengawas sekolah), Asrama Puteri
(ASPURI), SMK Sri Permaisuri. Zaitun, pengawas sekolah, SMK Sri Permaisuri.
Tahun ini, 2010, kami akan menduduki peperiksaan terbesar abad ini iaitu
Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Walaupun
kami memegang taklifan yang berbeza, namun masih ada persamaan antara kami dan
yang paling ketara, kami benci sungguh-sungguh dia iaitu Muhammad Aiman bin
Anuar.
Mereka – Faiz, Aiman dan Farid
Faiz atau nama
penuhnya, Mohd Faiz bin Abu. Faiz ini biasa-biasa sahaja. Pengawas sekolah dan
Exco Asrama Putera (ASPURA). Tetapi terkenal juga kerana dia sangat comel
(menurut kata orang). Aku mengaku juga. Dan Faiz budiman orangnya. Disenangi
ramai dan kami juga. Maka, Faiz tiada masalah.
Aiman atau nama
penuhnya Muhammad Aiman bin Anuar. Pengawas sekolah, exco ASPURA, olahragawan
sekolah, pelajar terbaik abad ini, mahir segala bidang, boleh dikira orang yang
alim binti warak, jejaka idaman malaya abad ini dan sangat “diminati” guru dan
pelajar perempuan juga. Sangat terkenal dalam kalangan pelajar sekolah kami.
Sebut sahaja Muhammad Aiman, kalau tak kenal tu bukan sekolah SMK Sri Permaisuri lah. Tetapi, sikapnya pada kami sangat sombong (sebelum aku kenal
dia *batuk sendiri*). Di saat semua kaum Hawa memujanya, kami malah mengutuknya
pula. Sehingga ada yang melabel kami tidak normal kerana tidak terpengaruh akan
“kesempurnaan”nya. Tidak pula kami peduli dan hairan kerana kami menjadi kami
sendiri. Dan kerana sikapnya itu, kami membencinya yang tidak bersalah (dah sayang
boleh lah berkata begini *batuk lagi*) daripada kami menjadi budak hingusan di
tahun 2005 sehingga tahun 2010 ini.
Farid atau nama
penuhnya Farid bin Ismail. Pengawas sekolah juga. Biasa-biasa sahaja kerana aku
tidak berapa mengenalinya. Tetapi mempunyai ciri-ciri jejaka idaman Malaya dan
mungkin sudah berpunya.
Kelas Tingkatan 3, SMK Sri Permaisuri
Kelas
Tingkatan 3 hanya ada empat. Dua kelas aliran agama iaitu yang mengambil subjek
Bahasa Arab dan dua kelas yang tidak mengambil Bahasa Arab. Kelas pertama,
Taqwa, kelas kedua, Iman, kelas ketiga, Hidayah dan kelas keempat, Ihsan.
Sekolah kami terdiri
daripada pelajar yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Sekolah berasrama
penuh dan telah dinobatkan sebagai sekolah kluster. Sekolah kami sama seperti
sekolah agama biarpun tiada alphabet A
(Agama) pada nama sekolah. Sekolah kami juga tak ramai pelajarnya. Hanya dalam
anggaran 500 tidak lebih. Namun, kami gembira biarpun berada dalam komuniti
yang kecil.
***
Aku,
Atiqah dan Zaitun berebut mahu Faiz yang duduk di hadapan kami. Mengapa ? Sudah
aku ceritakan tadi bukan. Antara ketiga-tiganya, Faizlah yang paling berbudi
bahasa. Oh, mengapa di hadapan kami ? Kerana tiga orang pelajar kelas kami yang
perlu berpindah kelas itu, tempat duduknya di hadapan kami. Maka, ruang lompong
itu akan diisi oleh mereka bertiga pula. Aku ketika itu, berdoa sungguh supaya
bukan si Aiman itu yang mengambil tempat di hadapanku. Aku kira begitu juga dua
sahabatku. Dapatkah kalian lihat betapa kami membencinya ? Ya, kami memang
sangat berdosa dengan si dia. Nanti kami mohon maaf sebelum peperiksaan ye.
Dalam
saat kami bertengkar lidah (semestinya secara perlahan), mereka bertiga
melangkah masuk ke dalam kelas 3 Taqwa dan mengisi ruang-ruang yang lompong.
Dan akhirnya, Faiz yang baik hati itu mengambil tempat di bahagian tengah iaitu
di hadapan Atiqah. Farid pula mengambil tempat di hadapan Zaitun dan semestinya
si Aiman itu mengambil tempat di hadapanku. Betapa aku saat itu mengeluh
panjang dan ku sangka dia mungkin mendengar keluhanku. Dan sahabatku berdua
memandangku sambil riak muka mereka berkata,
“Bersabarlah. Ini
semua akan berakhir.”
Dan saat itu, Puan Rozana sedang memberi salam
dan menyuruh kami memperkenalkan diri setelah dia berbuat hal yang sama. Aku ?
Sedang redha dan pasrah.
You have made your points in a smart way. I am impressed with how interesting you have been able to present this content. Thanks for sharing nice information. Do support us.
ReplyDeletePitofenone Hydrochloride
Tiemonium Methylsulphate
You have made your points in a smart way. I am impressed with how interesting you have been able to present this content. Thanks for sharing nice information. Do support us.
ReplyDeletetopiramate
Clozapine
Methotrexate
Thanks for the useful information. Kindly do visit our website for our latest project.
ReplyDeleteNepafenac